logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

BAB 5

20 tahun kemudian....
Pada waktu pagi lagi,seorang jejaka yang berkulit putih itu fokus berlari untuk bersenam.Dia mengelilingi taman di universiti itu.Semua gadis sanggup bangun pagi demi melihat dia yang bersungguh-sungguh bersenam.Dia mengeluarkan peluh untuk menyihatkan badan.Tapi yang peliknya dia bagaikan bersenam seorang diri tanpa melihat orang disekelilingnya.Perempuan cantik yang menyapanya pun tidak dilihat sama sekali.Tubuh yang sederhana sasa,berkulit putih bersih dan berambut ala-ala korea itu telah banyak memikat para gadis asing di situ.Ketika dia bersenam,senyuman terukir di bibir saat melihat seorang perempuan langsing merenggangkan badan di taman itu.Dia mendekatinya.
"Hei,gadis saya!"
Dia menyapa gadis itu.Lalu gadis itu pun memandangnya.
"Ish,dia lagi."
Namun setelah melihatnya dia melarikan diri daripada lelaki itu.Lelaki itu tahu niat gadis itu ingin melarikan diri daripadanya.Mereka berlari-lari dan berlari selajunya.Kencang wajah gadis itu berlari.Lelaki itu pantas mengejarnya.Sedikit demi sedikit lelaki itu dapat mengejarnya.Gadis itu terpaksa mengalah.Tercungap-cungap mereka berdua.
"Hei,kenapa awak lari dari saya..."
Dia berkata sambil tercungap-cungap.
"Tak payah nak kacau sayalah.Sibuk ja awak ni..."
Dia berasa menyampah melihat lelaki kacak itu asyik mengekorinya.
"Encik Putra,tak ada perempuan lain kah nak kacau selain saya..."
Katanya berpaling semula memandangnya.Lelaki kacak yang digilai ramai gadis di situ rupanya Putra yang sudah dewasa.Dia semakin kacak bila membesar.
"Tak.Saya bukannya suka gadis British,saya suka awak,gadis saya."
Putra suka memanggilnya dengan gelaran 'gadis saya'.Putra tersangat suka hingga timbul bibit-bibit cinta.
"Saya tak ingin nak jadi gadis awak."
Dia berkata.
"Nama pun Aisyah,mestilah manis dan cantik orangnya.."
Putra bernada seperti dilamun cinta.Gadis itu yang bernama Aisyah hanya memandang sinis terhadapnya.Tiba-tiba telefon Putra berdering.Putra memandang skrin telefon itu.Ketika itulah,Aisyah melarikan diri sekali lagi daripadanya.Putra hanya memandang gerak gerinya dari jauh sambil tersenyum.
"Hei,nanti malam pertama..jangan pula lari dari saya tau.Ingat tu 'gadis saya'."
Sempat lagi Putra menyakatnya.Aisyah hanya mengeluh nafas panjang kerana melayan lelaki itu.Dia semakin jauh.
Lalu Putra pun mengangkat telefon itu.
"Hello.."
"Putra,pakcik dengar esok kamu ada konvokesyen kan.."
Danish bersuara di sana.
"Oh,yalah.Saya terlupa pasal tu.."
Rancak perbualan mereka.
"Esok pakcik datanglah.Putra tak sabar nak keluar dari U ni.."
Putra merenggangkan badan.
"Yalah.Pakcik pasti datang."
"Pakcik,saya nak jumpa ayahlah..Kalau pakcik jumpa ayah saya,cakap pada dia Putra dah nak habis pengajian ni."
Tiba-tiba perbualan itu menjadi janggal.
*****
Danish terdiam memikirkan.Putra yang masih berada di panggilan hanya berkerut dahi.
"Pakcik.."
Putra memanggil sekali lagi.Danish tersedar dari lamunannya.
"Ohk,ya..Kenapa.."
Danish tergagap-gagap.
"Aik,pakcik..Diam ja dari tadi..Ada apa-apa kah yang saya tak tahu.Kah pakcik tengah fikir girlfriend baru..."
Putra menyakatnya.Pantas Danish membalasnya.
"Ish,budak ni.Pakcik tengah kemas rumah ni."
Danish pandai mencari alasan.Putra tergelak kecil.
"Pakcik,esok datang ya..Putra harap ayah dah ada di sisi pakcik bila Putra dapat ijazah nanti.."
Tinggi harapan Putra terhadapnya.Danish hampir menangis.
"Dahlah..Pakcik letak telefon dulu.Jumpa esok ya.."
Tiba-tiba Danish mematikan panggilan.Putra berasa pelik.
"Kenapa dengan pakcik ni.."
Putra menatap skrin telefon itu.
"Jangan-jangan,pakcik memang ada girlfriend baru tak..."
Dia menekanya.Lalu tertawa sendiri.Dia berlari kembali untuk mempersiapkan diri ke dewan kuliah.
Manakala Danish pula lemah mendengar harapan itu.Dia tidak dapat menunaikannya.Hampir mengalir air matanya.
"Apa saya nak cakap pada dia pasal ayah dia.."
Terlintas di fikirannya.
"Saya dapat rasakan Tuan Airil tidak dapat lari dari mereka berdua.Saya rasa...mereka dah bunuh Tuan Airil."
Zam amat yakin dengannya.Danish teringat perjumpaan itu pada 20 tahun yang lalu.Dia semakin lemah.Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberitahu Putra tentang perkara sebenar.
***
Zam pada masa itu,dia menenangkan dirinya di tepi pantai.Dia menanti Putra dengan harapan yang tinggi.
'Tuan,saya pasti..Putra akan kembali ke sini untuk mewakili tuan.Saya berharap..tuan bersabar sedikit lagi.Inilah bukti kesetiaan saya untuk menjaga anak tuan.'
Dia berkata dalam hati sambil menikmati pemandangan di tepi pantai.Tiupan angin dapat dirasakan tubuhnya setara dengan bunyi ombak yang bergelora.Harapan yang dicipta pasti akan menjadi kenyataan.
***
"Tuan,Puan Suriana tidak setuju dengan projek baru tuan.Puan minta saya untuk hentikan usaha tuan untuk membuat projek baru itu."
Pembantunya menerangkannya.Zamri berwajah merah padam.Sama sekali pun dilakukannya,sentiasa dibantah oleh Suriana.Dia berasa tidak puas hati.
"Dia...memang nak kena.Saya takkan biarkan dia terus-menerus buat saya macam ni.Saya akan buatkan dia tidur selama-lamanya."
Zamri tekad.Dia membuat sesuatu rancangan untuk menjatuhkan Suriana.Pembantunya sekadar berdiri di hadapannya dengan bersungguh-sungguh.
*****
Berbeza pula dengan universiti di Malaysia.Mereka semua nampak biasa seperti kehidupan masyarakat yang lain.Bermacam-macam ragam pelajar di sana termasuk,Nizam,Zetty dan Maisarah.Nizam yang merupakan pelajar senior di situ amat terkenal dengan sifat kesombongannya.Nizam yang berwajah putih dan berbadan tegap itu menjadi kegilaan para pelajar perempuan di situ.Zetty yang juga adiknya telah mendengar bermacam-macam cerita dan pujian terhadap abangnya dalam kalangan pelajar perempuan itu.Tiada siapa yang berjaya mendekati dirinya melainkan kawan lelaki,adiknya dan Maisarah.Sejak belajar sebagai junior di situ,Maisarah asyik berlagak dengan kemewahannya.Zetty pula adalah seorang gadis yang agak pendiam.Zetty sering dipersendakan oleh Maisarah.
"Girl,kamu semua nak pergi shopping tak nanti lepas belajar.."
Maisarah banyak berubah.Dia bersama dengan rakannya hanya sibuk bergosip saja.
"Mestilah.Dah lama sangat kita terkurung kat sini.Sekali sekala,nak juga kebebasan jadi dewasa ni."
Salah satu rakannya yang juga sama mewah berangan-angan ingin bebas setelah tamat belajar.
"Jangan nak mungkir janji tau.."
Maisarah bernada lembut.Lalu mereka pun ketawa.Kumpulan mereka yang mempunyai empat orang termasuk Maisarah juga terkenal dengan sikap boros dan berlagak dengan orang yang lebih susah dari mereka.Mereka akan merendah-rendahkan pelajar yang tidak berkemampuan.Zetty memang dari dulu tidak pernah ingin berkawan dengannya.
***
Putra berjalan di sebuah hutan yang agak sepi dan menyeramkan.Kesemua pokok mati dan tidak berdaun.Hanya dipenuhi dengan embun yang tebal.Dia melepasi setiap pokok itu sehinggalah dia terlihat sebuah cahaya putih yang tidak jauh dari pandangannya.Dia menghampirinya.
"Putra..."
Namanya asyik disebut setiap kali langkahnya menghampiri cahaya itu.Akhirnya,dia tiba.
"Ayah..."
Putra memanggil panggilan itu kerana kelihatan ayahnya sedang berdiri berpakaian baju putih.
"Ayah..Ayah kat mana..Putra betul-betul rindu sangat dengan ayah..Tapi..kenapa tiba-tiba Putra ada di tempat macam ni."
Putra hampir mengalirkan air mata.
"Putra,maafkan ayah sebab tak ada di sisi kamu selama ni."
Putra hanya berdiam diri sambil menatap wajah ayahnya dari jauh.Lalu dia menghampiri Putra.
"Kesian anak ayah ni..Putra dah membesar dengan baik."
Kepala diusap lembut oleh ayahnya.Tidak tertahan lagi,Putra mengalirkan air mata.
"Ayah,ayah kat mana sekarang.."
"Janji dengan ayah,pokok-pokok ini akan menjadi bukti pada Putra kalau nak jumpa ayah.Jangan melencong,Putra kena jalan lurus.Jangan pandang ke bawah,pandang ke depan supaya Putra nampak sesuatu.Tolong ayah ya.."
Pesanan terakhirnya untuk anaknya.Pasti membawa makna yang tersirat.
"Apa yang ayah cakapkan ni.."
Putra masih tidak faham.Lalu bayangan ayahnya perlahan-lahan lenyap di matanya.Putra yang berjaya memegang tangan ayahnya juga lenyap.
"Ayah..Ayah.Ayah!!!"
Putra terbangun dari mimpi setelah mencari-cari ayahnya dalam mimpi.Dia tercungap-cungap dan berkeringat.Dia masih tidak mengerti akan maksud itu walaupun berkali-kali dia bermimpi yang sama.

Comentário do Livro (769)

  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    9h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • avatar
    RadzhiFakhrul

    good

    1d

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes