logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

BAB 4

Zam pergi ke rumah Suriana selepas menghantar Putra kepada Danish.Dia segera masuk ke rumah itu setelah pembantu rumah Suriana membukakan pintu.Dia memasukinya lalu bergegas ke tingkat atas untuk memberitahu Suriana perkara yang sebenar.Namun...
"Apa?!Kamu kata Airil dan cucu saya lari pergi luar negara?!"
Suriana amat terkejut mendengarnya.Setelah Zam mencari arah suara itu.Kelihatan Zamri,Shira dan Suriana berbincang di ruang tamu.Zam teramat terkejut.Pantas Zam menghampiri mereka.
"Apa yang dah berlaku ni,puan?"
Zam bertanya lagi untuk mendapat kepastian.
"Awak dah dengarkan?Dia dan anak dia lari pergi luar negara."
Shira memberi jawapannya.Zam amat geram melihat pembohongan mereka.
"Encik Zam,boleh kita berbincang sekejap di luar..."
Zamri memintanya berjumpa dia di luar rumah.Kelihatan seperti Zamri mengetahui sesuatu.Pantas Zam mengikut jejak langkahnya.Mereka telahpun berada di luar.
"Encik Zam..Saya tahu awak dah tahu semuanya..Tak payah nak berpura-pura."
Zam sekali lagi terkejut.Rupanya Zamri dan Shira memeriksa kamera CCTV di luar rumah kerana curiga akan ada seseorang di luar.Tapi nampaknya Zam tertangkap.Dia hanya mampu tergamam.
"Kalau awak nak budak tu membesar dengan baik,jangan cuba nak buka mulut tu pada semua orang..Kalau tidak...sampai ke lubang cacing pun saya tetap cari dia sampai dapat."
Zamri mengugutnya sambil membisikkannya di telinga Zam.Zam menggenggam tangannya sendiri kerana marah.Zamri sempat mengukir senyuman setelah rancangannya berjaya.Lalu dia masuk semula ke rumah itu.Zam terpaksa menahan diri dari bertindak melulu.
***
Danish dan Putra tiba di London.Mereka tiba di sana dengan waktu pagi yang cerah.Putra dibawa ke rumah yang mewah di London berkepunyaan Airil untuk menenangkan diri.Putra amat penat.Danish tahu akannya.
"Putra,kamu rehatlah dulu ya.Pakcik tahu kamu penatkan...."
Danish terduduk menghadap Putra yang kecil itu.
"Pakcik,ayah saya kat mana?"
Pertanyaan itu menyentakkan Danish.Dia menghembus nafas.
"Ahm,ayah kamu nanti dia balik sini jumpa kamu.Cuma dia ada urusan yang belum selesai di sana."
Danish terpaksa mereka cerita.
"Ayah balik sini nanti?"
"Ya.Putra janganlah risau.Dia pasti akan balik."
Danish bernada lembut.Lalu mengusap pipi putih Putra yang bersih itu dengan lembut.
"Baiklah.."
Putra berkata sebelum pergi ke bilik tidurnya.Danish sekadar memandang gerak gerinya.Dia berasa bersalah.
"Kenapa dia nak saya bawa lari dia.."
Danish bernada perlahan.Dia masih tertanya-tanya.
*****
Anak-anak Zamri dan Shira masing-masing dihantar dengan kereta sendiri sebelum pergi ke kerja.Mereka hanya berdiam diri sambil fokus memandu.
Tiba sahaja di sekolah anak mereka,Zamri bertembung dengan Shira.Mereka hanya memandang antara satu sama lain di luar pagar.Mereka tidak menyapa.
"Papa,nanti kalau papa tak sibuk..boleh tak bawa Zetty makan lepas balik sekolah.."
Anak Zamri iaitu Zetty anak perempuannya amat manja dengannya.Zamri gembira melihat keceriaan anaknya pada awal pagi.
"Mestilah.."
Zetty masuk ke sekolah selepas melambai-lambai tangannya ke arah Zamri.Zamri membalasnya kembali.Anak lelakinya yang sulong iaitu Nizam hanya diam dengan wajah yang serius masuk ke sekolah.
"Nizam nak makan dengan papa kah nanti?"
Zamri bertanya anaknya.
"Tak naklah."
Nizam berkata tanpa memandang Zamri.Perangai Nizam sama dengan ayahnya.Mereka serupa dengan sifat penyombong itu.Zamri mengendahkannya lalu masuk ke dalam kereta untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja.
"Sayang,nanti mama bawa kamu pergi shopping tau balik sekolah.."
Shira begitu sayangkan anaknya iaitu Maisarah.Maisarah berasa gembira.
"Okeyy mama.."
Maisarah terus berlari masuk ke sekolah.Shira tersenyum melihatnya.Masing-masing berasa sayang akan anak mereka.Perangai pun sama.
*****
"Mana Putra?Dah lama dia tak sekolahkan.."
Rayyan salah satu rakan baik Putra asyik merungut tiap kali tidak hadir ke sekolah.Zetty adik kepada Nizam datang ke arahnya yang berwajah suram.
"Sabarlah...Dia memang takkan datang lagi ke sini."
Zetty memberitahu perkara sebenar.Rayyan hanya memandangnya.
"Apa?!Dia takkan datang ke sekolah ni?Kenapa?"
Rayyan ingin tahu.
"Sebab..."
"Sebab dia lari dengan ayah dia ke luar negara."
Tiba-tiba Maisarah datang ke arah mereka lalu mencelah percakapan Zetty.Mereka berdua terdiam.Pada ketika ini,umur Putra,Rayyan dan Nizam adalah sebaya manakala Zetty dan Maisarah agak jauh beza setahun dari mereka semua.Dikira umur mereka masih muda dari mereka yang lain.
"Apa?!"
Rayyan terkejut besar.Dia yang berbadan besar dan berkulit putih itu bersuara besar apabila bercakap dengan rakan-rakannya.
"Mestilah..Mereka berdua pengecut bila atok kami dah mati.Dasar pengecut!"
Maisarah bermulut pedas seperti ibunya,Shira.Dengan gayanya yang penuh berlagak mewah itu membuatkan Rayyan panas hati.
"Siapa awak nak cakap kawan saya macam tu?!Awak ni nak kena kah.."
Pantas Rayyan menarik baju Maisarah.Tiba-tiba muncul Nizam menolak Rayyan di situ.Maisarah terselamat.
"Memang betul pun apa yang dia cakap tadi.Putra tu sama saja dengan ayah dia."
Nizam menyebelahi Maisarah.
"Dia ni kan..."
"Sudahlah tu.Mari kita masuk.Kalau tak nanti cikgu marah kita lambat masuk."
Zetty menyelamatkan Rayyan.Maisarah gagal untuk membalas balik kejahatan itu kepada Rayyan.Nizam dan Maisarah masuk selepas mengeluarkan lidah mengejek Rayyan.
"Awak janganlah sedih.Sepupu saya memang macam tu.Saya pasti..Putra akan balik ke sini."
Zetty menyenangkan Rayyan yang masih marah.Mereka hanya dapat memendam apa yang terjadi tadi.Sungguh tidak percaya.
***
Putra pula di London amat rindu akan rakannya di Malaysia.Dia bersekolah dengan orang asing.Malah,buat masa ni dia belum mempunyai kawan lagi.
"Rayyan,saya rindu nak main dengan awak."
Putra bercakap sendirian di halaman sekolah itu.Kesemuanya hanyalah kanak-kanak asing yang berasal dari negara asal mereka iaitu London.Putra tidak mampu berkata apa-apa.Dia tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan tempat yang baru dan kawan yang baru.Dia tersangat sedih.
***
Danish akhirnya dapat berjumpa dengan Zam.Zam telahpun menantinya di sebuah gerai makanan orang asing.Danish pula baru sampai ke tempat itu.Dari jauh lagi dia berjaya mengesan Zam yang sedang duduk berpakaian baju sut.Kelihatan seperti dia tidak lama di sini.
"Encik Zam.."
Pantas Zam memandang ke arah suara itu.Dia tersenyum hambar.Danish segera duduk di kerusi itu.
"Macam mana keadaan di sana?Semuanya baik saja kan.."
Pertanyaan pertama dari Danish.Zam terdiam.
"Kenapa dengan encik ni..Serius ja saya tengok."
Danish masih tidak mengerti apa maksud riak wajah itu.
"Putra kat mana?Dia sihat?"
Giliran Zam bertanya.
"Dia sihat saja.Macam selalu..ceria.Tapi,kenapa encik nak saya pergi dengan dia ke sini?Tuan Airil kat mana sekarang?Saya risau Putra nanti sedih sebab ayah dia selalu tak ada di sisi."
Zam mengeluh nafas panjang.
"Tuan Airil...dia...menghilangkan diri."
"Apa?!Macam mana boleh jadi macam tu?!"
Danish tersangat serius.
"Sebenarnya...Tuan Airil pada malam tu berjalan dengan Putra.Tapi tak sangka,dia diculik oleh sebuah kereta van hitam.Mereka nak culik sekali dengan Putra tapi gagal sebab saya ada di situ."
Zam menceritakannya.
"Jadi..Encik ada telefon polis tak?"
"Ada.Baru ja hari ni Tuan Zamri membuat aduan palsu tentangnya.Dia kata...saya tersilap orang malam tu.."
Kejadian sebenar telah diberitahu kepada Danish.
***
Selepas kejadian itu...
"Maafkan pembantu saya..Dia tersilap pula sampaikan dia telefon encik."
Zamri berjumpa dengan salah satu pegawai polis yang menerima aduan itu.Pada masa itu,Zam baru tiba di balai itu namun dia terlambat.Segalanya telah diubah dalam sekelip mata sahaja.
"Oh,yakah.Saya ingat kejadian tu memang ada di sana.."
Katanya telah terpedaya.
"Ya.Maafkan saya sekali lagi."
Zam berasa amat marah namun dia terpaksa merelakan saja demi Putra.Kejadian itu sekelip mata sahaja terpadam tanpa apa-apa faedah kepadanya.Zam hanya mampu terdiam.Zamri mengetahuinya melalui pembantunya yang bersubahat dalam membunuh Airil.Sehingga kini,Airil masih tiada khabar berita tentang kewujudannya.Zam sentiasa mencarinya dengan senyap.
***
"Mereka tu...Memang bukan manusialah.Sanggup mereka buat begitu!Geram betul saya!"
Danish marah mendengar cerita itu.Zam masih terdiam.
"Tentang yuran belajar dia..biarlah saya yang tanggung."
Zam berasa bersalah.Danish hanya mengangguk.
"Saya harap encik dapat jumpa dia...Kesian Putra..Dia begitu rindu dengan ayah dia sampaikan makan pun tak ada selera."
Danish berasa bersalah.
"Sementara dia masih belajar di sini,awak jagalah dia.Bila dia dah dewasa,dia kena balik ke sana untuk ambil semula kehidupan dia di sana."
Zam amat berharap.
"Baiklah..Encik janganlah risau."
"Awak tak perlulah panggil saya 'encik'.Kita sama saja.Cukup panggil saya dengan nama pun dah okey."
Zam melayan baik Danish.Danish juga akan berbuat begitu kepadanya.Dia sekadar menganggukkan kepala.
Sejak dari situ,Danish telahpun mengetahui perkara itu.Zamri dan Shira banyak merancang untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.Zam memikirkannya.

Comentário do Livro (770)

  • avatar
    FarhaniMariah aliah

    good and bestt

    1h

      0
  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    12h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes