logo text
Adicionar à Biblioteca
logo
logo-text

Baixe este livro dentro do aplicativo

Takhta Tiga Kuasa

Takhta Tiga Kuasa

Zqueen Psyco


BAB 1

Pada malam yang hujan dengan lebatnya, sebuah keluarga yang serba mewah saling bergaduh kerana berdebat dalam perebutan harta. Ketiga-tiga mereka masing-masing mempunyai anak. Perselisihan antara mereka menjadikan hubungan semakin renggang antara adik-beradik.
"Saya tak peduli! Harta ayah semuanya akan jadi milik saya. Sebab saya anak kesayangan ayah. Anak bongsu dalam keluarga!"
Zamri yakin harta yang dimiliki arwah ayah mereka akan jatuh ke tangannya juga. Shira yang merupakan anak kepada arwah juga tidak mengalah pasal harta.
"Siapa kata awak yang dapat harta tu?! Awak tak ada hak langsung nak dapatkan harta tu. Bukannya hebat sangat pun!"
Shira berpeluk tubuh dengan lagak berani. Ketika itu,hanya seorang sahaja yang berdiam diri. Iaitu Airil yang juga merupakan anak kandung dalam keluarga itu. Shira dan Zamri hanya sekadar adik tirinya kerana arwah ayah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi setelah ibu mereka meninggal dunia. Kini, ibu tiri dan juga ayah kandungnya telahpun meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Sudahlah tu. Arwah ayah baru ja meninggal dunia, kamu dah bergaduh hanya disebabkan harta?"
Airil bersifat terbuka berbanding adik-adik tirinya. Mereka terdiam saat Airil bersuara akhirnya. Sunyi sebentar di situ. Hanya ditemani dengan bunyi rintikan hujan di luar. Zamri duduk memikirkan sesuatu dalam benaknya. Namun ketika itu, Zamri baru tersedar sesuatu.
'Kalau Airil anak kandung ayah, dia mesti dapat harta tu semua.'
Zamri berkata dalam hati. Lalu dengan perlahan dia memandang ke arah Airil. Airil pada ketika itu menangis mengenangkan akan pemergian arwah ayahnya. Zamri mula memikirkan rancangan.
'Saya tak boleh biarkan dia dapat kesemuanya.'
Sekali lagi Zamri berkata dalam hati. Zamri tekad untuk mengatur rancangan supaya Airil disingkirkan dari wasiat arwah. Zamri yang berhati hitam tidak peduli sesiapun untuk menjatuhkannya meskipun terpaksa membuat sesuatu di luar jangkaannya.
*****
Setelah selesai berpenat kerah emosi di ruang tamu pada malam itu, Zamri masuk ke bilik tidurnya. Kelihatan isteri dan juga anaknya sedang tidur lena di atas katil. Waktu malam yang sunyi sepi membuai mimpi si isteri dan anaknya. Zamri sekadar memandang mereka dengan helah nafas panjang. Zamri dari ruang tamu tadi telahpun memikirkan cadangan yang sesuai untuk menghapuskan Airil. Dia mendail nombor seseorang sebelum membuat panggilan.Bunyi deringan kedengaran di sana.Panggilannya dijawab.
"Ini saya,Zamri. Jumpa saya esok di tempat yang sama. Saya ada kerja nak bagi awak."
Katanya sebelum mematikan panggilan.Dengan rancangan yang bersiap dalam benaknya tadi membuatkan dia mulai tersenyum sinis. Apa yang difikirkan Zamri sehingga dia tersenyum lebar? Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan akan terjadi tidak lama lagi.Mungkinkah ini adalah petanda bahaya dalam keluarga mereka?
***
Airil juga turut mengatur langkah memasuki bilik tidur.Dia juga mempunyai anak lelaki yang serupa dengan wajahnya yang sedang menantinya di birai katil. Tersenyum hambar si ayah melihat gelagat anaknya. Dia menghampirinya dengan langkah yang berat sebelum melabuhkan punggungnya disamping anak lelakinya di birai katil.
"Ayah, kenapa bising kat bawah tu?"
Si anak bertanya. Airil sekadar mengukirkan senyuman.
"Tak adalah. Pakcik dan makcik kamu tengah sedih kat bawah tu."
Airil cuba mereka cerita. Anaknya yang bernama Putra hanya sekadar mengangguk. Maklumlah masih kecil belum faham tentang situasi orang dewasa.
"Ayah.."
"Hmm.."
"Ayah tengah sedih kah?"
Tiba-tiba, air mata Airil mengalir laju. Dia tidak dapat menahan tangisannya di depan anaknya sendiri. Air mata mengalir seperti hujan renyai-renyai di luar.
"Tak adalah.Mata ayah masuk habuk."
Airil segera mengesat air matanya.Putra memandangnya dengan serba keliru.
"Ayah, Putra pun sedih sebab Putra dah tak dapat main lagi dengan atuk."
Muram wajah Putra merasakan kesedihan ayahnya. Airil hanya tersenyum hambar meskipun air matanya tidak berhenti mengalir. Dia berasa sayu mendengar kata-kata anaknya.
"Aduh, kesiannya anak ayah ni.."
Pantas Airil memeluk tubuh anaknya yang bertubuh kecil itu. Dia begitu sedih sehinggakan tidak sanggup tunjukkan anaknya keadaan sebenar hati pedi Airil. Isteri yang merupakan ibu kepada Putra telah lama meninggal dunia kerana mempunyai penyakit kanser. Hidup mereka tidak lagi berseri tanpa isteri mahupun ibu dalam hidup mereka. Kebahagiaan mereka serta-merta hilang semenjak isteri Airil meninggal dunia.
*****
Cahaya matahari menyinari dunia. Zamri menanti seseorang di sebuah restoran yang agak mewah dan selesa untuk para pelanggan datang. Dia menghirup air kopi sambil melihat pemandangan ke luar tingkap restoran itu. Tidak lama kemudian, seorang lelaki memakai jaket kulit hitam datang menghampiri Zamri. Lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdepan dengan Zamri.
"Maaf, tuan. Saya lambat."
Lelaki itu menyapa sopan terhadap Zamri.
"Saya ada kerja nak suruh awak buat."
Zamri mulai memulakan langkah perbualan. Mata dilihat teruja memberikan tugasan kepada lelaki ini.
"Apa dia, tuan?"
Tanya lelaki itu. Tanpa membuang masa, Zamri segera mengeluarkan sekeping gambar Airil dari dalam poket baju sutnya. Dia menyerahkan gambar Airil kepada lelaki itu. Gambar ditenung sedalamnya.
"Saya nak awak uruskan dia. Jangan sampai awak tertangkap. Buat dengan senyap."
Kata Zamri bernada perlahan. Lelaki itu terus mencapai gambar itu lalu dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
"Pastikan dia lenyap dari mata saya. Kalau tidak, nasib awak....akan sama macam dia. Saya akan bayar awak bila awak dah selesai buat apa yang saya suruh."
Ujar Zamri bernada sedikit ugutan.
"Baik, tuan."
Katanya lelaki itu patuh arahan. Lelaki itu bertanggungjawab sebagai rakan subahatnya untuk membuat satu jenayah. Zamri hanya mempergunakan dia sebagai batu loncatan sahaja apabila tertangkap perbuatan jenayahnya. Selesai memberikan arahan, dia kembali menghirup air kopi itu.
"Tak sabar rasanya harta tu jatuh ke tangan saya."
Zamri mulai berangan. Dia berharap agar harta itu semestinya akan menjadi miliknya. Senyuman terukir di wajah lelaki penuh elegan dan berupa kejahatan ini.
***
Shira berjalan dengan megah dalam syarikat T.R Holding milik arwah ayahnya. Semua memandang ke arahnya. Fesyen yang dipakainya agak mahal dan ketat di tubuhnya. Dia tidak peduli walaupun fesyen pakaiannya sering dikritik pekerja di situ. Pada masa yang sama, setiausaha yang setia datang ke arahnya.
"Selamat pagi, puan."
Sapa perempuan itu kepada Shira. Shira sekadar melangkah berani tanpa memandang setiausahanya.
"Puan, kita ada mesyuarat sekejap lagi."
"Saya tahu.."
"Apa?"
Terhenti langkah Shira mendengar perkataan itu dari mulut perempuan yang kemas berpakaian uniform itu.
"Mestilah saya tahu. Pasti mereka tengah berbincang tentang pemilikan syarikat ni. Saya harap..saya akan jadi ketua pemilik syarikat ni."
Shira juga berangan-angan ingin menjadi pengerusi bagi Syarikat T.R Holding milik arwah ayahnya. Kini dia berasa teruja. Terasa awal pagi ini seakan hari kemenangannya. Apakah kemungkinan Shira akan naik menjadi Pengerusi Syarikat T.R Holding?

Comentário do Livro (770)

  • avatar
    FarhaniMariah aliah

    good and bestt

    7h

      0
  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    17h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • Ver Todos

Capítulos Relacionados

Capítulos Mais Recentes