Susuk itu membalas amarannya dengan menyungging senyum sinis. Sengaja dipamer untuk semua menatapnya. Sungguh ada yang tidak berkenan di hati makhluk itu. Bagaikan sudah dirancang semua dan akan berlaku sekejap lagi. Susuk lelaki nampak lebih matang nya dan kekal tumbuhnya mula berbicara. Berkalih sedikit batang tubuh itu menatap wanita yang lebih muda usia. "Cempaka Kesuma" "Terserah padamu untuk mengambilnya sekarang!" ujar lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Andika. Belum pun susuk wanita yang bernama Cempaka kesuma mengorak gerak, datang angin Semilir ini bertiup lembut. Membawa bersamanya haruman bunga. Haruman yang biasa dihidu oleh rongga nafas Aina. Wangian dari bunga anggerik bulan putih. Aina amat pasti. Tidak asing lagi bagi dirinya akan wangian yang menyelarak tiba-tiba. Sudah sebati dengan hidungnya , kadangkala menerbitkan rasa rindu pun ada. Cuma dia tidak tahu dari mana asalnya. Itulah menimbulkan tanda tanya dan cuba dia cari jawapannya. Sekoyong-konyong kabus mula memenuhi kawasan bilik mereka. Seisi penghuni bilik yang sedang dalam keadaan terkejut masih terkaku di tempat masing-masing . Apa lagi yang akan terus terdiam pada masa mereka hari itu. Ayla Lidah Ayla seakan terikat. Diam tidak melontar satu butir bicara pun. Hanya tatapan matanya menghunjam tepat ke dalam anak mata Syasya. Jelas mempamerkan raut kekesalan dan ada aroma kerinduan yang terwujud. Tapi dia kini bukan milik Syasya lagi. Terikat dengan janji sendiri. Dalam kabus nipis yang harum baunya. Muncul satu susuk lain. Dapat dilihat dengan jelas susuk seorang wanita. Lemah lembut gemalai gerakannya. Halus mulus kulit putih merahnya. Memakai kurung Pahang leher cekak musang. Di bahunya tergantung selendang warna kuning air. Sebelah di hujung yang satu melilit di belakang pinggang dan di selit kemas ke lengan kanan. Manala, hujung selendang yang satu lagi meleret jatuh ke tanah. Lembut seretannya. Selembut derap langkah yang di atur oleh susuk itu. Susuk tubuh itu berjalan membelah kabus. Berada di satu sudut bertentangan dengan dua susuk yang bernama anduka dan Cempaka kesuma. Nampak kemas gerak langkahnya. Silap aturan, dia juga sedia melawan. Aina melopong melihat kejadian yang terakam di hadapan mata. Mindanya kosong. Buntu tiba tiba. Hanya helaan nafas naik turun kedengaran. Syamil juga si Manis ini Aina. Akan siap mempertahan sekiranya ada bala bencana yang bakal menimpa. Tidak Syamil beragak-agak untuk menggunakan segala kudrat yang ada demi mempertahan siapa juga yang ingin dicederakan oleh susuk tubuh yang mencari geruh. Dia bukan sebarang orang. Silat dan dirinya berpisah tiada. Masih diingat setiap gerak bunga dan buah hayunan melawan. Gurindam itu kedengaran mengiringi langkah kaki. Aina terdiam. Itulah suara yang sama dengan didengari nya ini malam semalam. Bila Syamil memerhati terus mengurut yang berkata..... "Allah." Hanya itu yang diseru tatkala dia melihat susuk itu tersenyum memandang mereka yang berada di bilik. Berhambur airmata , melihat seorang yang sangat dikenali. Hilangnya meragut seluruh isi hati. Terpaksa dia membawa diri. Seakan lembik lutut Syamel melihatkan senyuman yang terukir di wajah susuk yang diseru. Walau belum dapat dia menyebut apa yang berlaku rawat hatinya seakan hilang sedikit demi sedikit. Berganti dengan irama rindu. Membibit kembali rasa lama tidak bertamu. Berasa lapang dadanya. Terkurang rasa sakitnya bebanan Yang selama ini bergantungan. Bukan sedikit ruang masa memisahkan mereka. Tiba berhampiran tempat seisi sahabat berkumpul, berkali batang tubuh memutar membelakangi mereka. Berdiri dia seiring dengan kak Syasya yang sudah pun turun ke tanah rupanya. Di capai sebatang ranting sambil mulutnya baca surah dalam al-quran kak Sasha mencorak satu garis berupa lingkungan. Terlihat goresan pada tanah tidaklah sedalam mana. Sekadar cukup nampak selarnya. Seperti sempadan. Alisa menulis sejenak memandang Aina dan Syamil. Tidak lama . Sepintas Saya lalu beralih tumpuan gerak wajah Syasya. Hanya senyuman manis pembuka Salam bersua mata. Dan seketika kemudian dia kembali tegak membuang retina tepat ke arah dua susuk yang kini bertentangan dengannya. Aina melopong dan membuntang mata bila nak ambil tu dia dengar dari mulut Syamil. Terkesima dia memandang perempuan bersanggul lintang berbaju kurung Pahang dengan leher cekak musang. Pakaian dari songket halus sekali buatannya. "Alisa...." Hanya dalam hati dia mengolah bicara. Tidak terluah lantaran terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya. Wanita Yang selama ini hanya dia tetap lewat sekeping gambar yang tertinggal kini muncul di hadapan mata. Hadirnya sangat didamba oleh hati Aina. Namun masih ada persoalan belum terjawab. Hanya masa yang akan menentukan apa yang bakal mereka semua jelaskan. "Jangan keluar dari garis lengkung ini Alisa. " Kata kak Syasya. "Yang di atas, jangan turun ke tanah walau apa berlaku. Syamil lindung Aina." Tambah kak Syasya lagi. Dikeraskan suaranya agar dapat didengari oleh Syamil. Syamil tidak menjawab. Hanya anggukan sahaja sebagai tanda dia memahami arahan yang diberikan. "Memang kamu semua menempah ajal." "Peluang sudah ku beri. Berkasar nampaknya kamu semua. Ingin beradu kekuatan lah?!" Jerkah Anduka . Seraya melempar senyum mengejek lagaknya. "Telah juga aku berikan kata dua. Datang mu jika sekadar berlalu, umpama angin meniup. Hanya melihat apa yang perlu. Aku dipersilakan" Lantang dan yakin kak Syasya menuturkan . "Tetapi jika niatmu memusnahkan atau menyakiti kau sahabatku, bukan sedikit kan aku balas sebagai persembahan "Balas kak Syasya tidak teragak-agak.
Obrigado
Apoie o autor para lhe trazer histórias maravilhosas
Custo 18 diamantes
Balanço: 0 Diamante ∣ 0 Pontos
Comentário do Livro (951)
Jeriel Hernandez
500
23h
0
FaqihahNurfaiqah
best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
500
23h
0best baca ada perkataan klasik dan nama watak pon sedap sedap..klasik !!😍
2d
0baik
5d
0Ver Todos