logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Nyctophilia

Nyctophilia

EvyanaKim


Bab 1 : Melophile

Siapa kata hidup itu mudah? Tidur saja perlu waktu yang lama untuk terlelap dan terlena. Hidup tak semudah menghirup udara."
_Hifza Yelda_
***
Hifza Yelda bersandar pada dinding biliknya yang dicat dengan warna hijau muda, sambil matanya tidak lepas memandang ke arah luar tingkap. Nafas berat dilepaskan. Terdengar dari luar biliknya suara pergaduhan antara Encik Hafizzudin dan Puan Yasmin.
"Abang sepatutnya cari kerja, bagi nafkah pada keluarga. Takkan abang nak hidup makan gaji isteri dan anak abang."
"Aku tak peduli, aku suami! Kau tu isteri, dengar cakap aku. Jangan jadi isteri derhaka!"
Sudah menjadi kebiasaan hari Hifza Yelda mendengar pergaduhan orang tuanya. Hifza Yelda memilih untuk tetap di dalam bilik tanpa menghiraukan pertengkaran yang berlaku antara orang tuanya. Earphone kesayangan berwarna ungu disumbatkan ke dalam telinganya, playlist yang biasa Hifza Yelda dengar diputarkan. Hifza Yelda memejamkan matanya menghayati setiap bait lirik lagu.
Hifza Yelda berjalan menuju meja belajar nya, dia mengoyakkan sehelai kertas dari buku latihannya yang kosong dan sebatang pen yang berada di atas mejanya diambil. Gadis itu mula mengerakkan pen melayang di atas kertas. "Rumah." gumam singkat Hifza Yelda.
Selepas menulis serangkap ayat, dia mengangkatkan kertas tersebut ke udara kemudian dia melipat kertas tersebut menjadi bentuk yang lebih kecil. Hifza Yelda menyumbatkan kertas yang dia lipat menjadi kecil itu ke dalam balang kaca yang sudah terisi beberapa kertas yang sama di dalamnya.
Selesai menulis, Hifza Yelda melangkah kakinya membawa dirinya ke tepi tingkap yang berada di dalam biliknya. Dia membuang pandangan memandang sejenak langit malam tanpa bintang-bintang."Apakah hidup memang serumit ini?"
Kali ini, kakinya melangkah ke katilnya, membaringkan dirinya kemudian memandang siling biliknya dengan pandangan kosong tanpa makna. Hifza Yelda melirik ke arah jam di dinding biliknya, pukul 11:47 malam. Mata masih lagi terbuka tanpa ada rasa mengantuk.
Fikiran kosong melayang sambil membiarkan gegendang telinganya bekerja mendengar semua lagu playlist yang dimainkan.
"Sampai bila hidup harus diuji? Bahkan seperti tiada jalan keluar dari permasalahan yang Tuhan beri."
Hifza Yelda memejamkan mata, kali ini dia membiarkan otaknya juga turut bekerja memikirkan nasib kehidupan diri dan keluarganya.
"Siapa kata hidup itu mudah? Tidur saja perlu waktu lama untuk terlelap dan terlena. Hidup tak semudah menghirup udara."
---
"Hifza cepatlah. Aku dah lambat ni."
"Ya kejap!"
Hifza Yelda bangun lambat pagi ini, dia segera mengambil bag sekolah yang berwarna hijau gelap dan di galas pada bahunya. "Okay, jom." ucapnya selepas keluar dari bilik.
"Sarapan dulu." tegur Puan Yasmin apabila melihat anaknya tergesa-gesa untuk ke sekolah.
"Dah lambat mama, Hifza makan dalam kereta jelah."
Hifza Yelda mengambil roti sandwich yang dibuat oleh Puan Yasmin menyumbatnya ke dalam mulut, kasut di pegang dengan tangan kirinya dan meloloskan diri ke dalam kereta milik Hafiz Yaslam.
"Eh, kejap. Hifza tak salam mama lagi." Hifza Yelda keluar dari kereta dan masuk semula ke dalam rumah. "Sorry mama, lupa nak salam."
Selepas bersalaman dengan ibunya yang tercinta, Hifza Yelda masuk semula ke dalam kereta dan Hafiz Yaslam memandu keluar dari perkarangan rumah teres keluarganya dan membelah jalan menuju ke sekolah adiknya.
"Tidur lambat lagi malam tadi?" tanya Hafiz Yaslam, matanya masih fokus pada pemanduannya. Hifza Yelda menoleh ke kanan untuk melihat abangnya.
"Hmph." balasnya singkat.
"Jangan tidur lambat, nanti penyakit senang datang. Lagi satu, kau tu kalau lambat, aku pun lambat juga tau."
"Ya, Hifza tahu."
Hifza Yelda membuang pandangan keluar tingkap, kepalanya disandarkan pada kerusi kereta. "Duit ada tak, nak buat belanja dekat sekolah?" sekali lagi soalan Hafiz Yaslam memecah kesunyian antara mereka.
"Takde, tapi kalau abang nak bagi Hifza ambil je. Kalau taknak bagi, itu pun Hifza takde masalah." dia menjawab pertanyaan abangnya dengan malasnya.
"Hmph, ni je aku ada. Kau pun tahu keadaan keluarga kita macam mana kan?" ucap Hafiz Yaslam sambil menghulurkan duit dengan tangan kirinya.
"Tahu, tu sebab Hifza kata tadi. Nak bagi, bagi. Taknak bagi, Hifza takde masalah." Hifza Yelda mengambil duit kertas berwarna merah bernilai RM10. "Thank you, abang." Hifza Yelda mengukir senyuman pada abangnya.
Sampai di sekolah, Hafiz Yaslam memarking keretanya di hadapan sekolah. Sebelum sempat adiknya turun dari kereta, Hafiz Yaslam meninggalkan pesanan untuk adiknya.
"Kau belajar rajin-rajin, habis belajar cari kerja yang bagus. Lepastu keluar dari rumah tu, aku taknak kau duduk lama-lama dekat rumah tu. Buat serabut kau je."
"Hifza tahu." balasnya kemudian bersalaman dengan abangnya sebelum dia keluar dari kereta.
Hifza Yelda berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolahnya. Hafiz Yaslam melihat adiknya sudah hilang dari pandangannya terus meluncur laju membelah jalan menuju tempat kerjanya.
---
Hifza Yelda berjalan di koridor sekolah menuju ke kelasnya yang berada di tingkat dua.
"Woi, termenung ke? Aku panggil kau dari tadi tahu tak?" Amanda memeluk bahu Hifza Yelda membuatkan kawan baiknya terhenti dari lamunannya.
"Sorry, aku tak dengar kau panggil aku."
"Kau fikir apa, sampai aku panggil kau tak dengar." Amanda memandang Hifza Yelda sekilas kemudian memandang ke hadapan semula.
"Takde apalah. Kau kerja sekolah yang cikgu bagi, dah siap?" tanya Hifza Yelda untuk mengubah topik perbualan mereka.
"Eii, tengok orang lah tapi boleh tak aku nak tengok satu soalan je."
"Tadi kau kata dah siap, ni apahal tiba-tiba nak tengok satu soalan pula?" balas Hifza Yelda kemudian dia meletakkan bagnya di kerusi dan melabuhkan punggungnya begitu juga Amanda di sebelahnya.
"Alah, satu soalan tu je aku tak dapat jawab. Satu je, boleh lah." pujuk Amanda.
"Kau macam tu lah, cakap satu soalan. Lepastu? Satu buku?" Hifza Yelda mengeluarkan buku latihan add maths nya, dalam dia merungut dengan sikap kawan baiknya. Dia tetap memberikan buku latihan tersebut pada Amanda.
"Thank you Hifza. Kau lah kawan terbaik yang pernah aku ada." ucap Amanda sambil memeluk erat Hifza Yelda yang berada di sebelahnya.
"Lepaslah, mengada lah kau. Siapkan cepat, nanti tak sempat siap pula."
Amanda dengan tergesa-gesa membuka buku latihan add maths nya dan Hifza Yelda. Senang, tiru jelah!
---
"Okay class, kita habis sampai sini dulu. Latihan yang saya bagi jangan lupa hantar ya." ucap Teacher Ain pada pelajar kelas 5 Anggerik.
"Baik cikgu." balas 31 pelajar dalam kelas tersebut.
"Ketua kelas, sila kumpulkan dan hantar dekat meja saya. Okay class, thank you."
"Thank you teacher!" sekali lagi 31 pelajar berdiri dan mengucapkan terima kasih pada Teacher Ain. Pelajar-pelajar berpusu-pusu menghantar buku latihan bahasa Inggeris pada ketua kelas, manakala Aiman Kamal sebaliknya.
"Wei, Hifza. Pinjam buku kau. Aku lupa, ada satu soalan tertinggal." ucap Aiman Kamal.
"Kau dengan Amanda sama je. Ni buku, dah siap bagi dekat Khairul."
"Thank you my friend." Aiman Kamal tergesa-gesa menyiapkan latihan yang diberikan sebelum Khairul Azmi menghantar buku latihan di meja Teacher Ain.
"Aku balik dulu, bye." Hifza Yelda melambaikan tangannya dan meninggalkan Aiman Kamal. Amanda mengikuti Hifza Yelda keluar dari kelas.
"Kau balik, siapa ambil?" tanya Amanda.
"Tak tahu lah, aku rasa naik bas je kot harini." Hifza Yelda dan Amanda berjalan beriringan keluar dari perkarangan sekolah.
"Tak pun, kau balik dengan aku je. Aku suruh daddy aku hantar kau.'
"Taknak aku, nanti susahkan daddy kau."
"Tak susah pun, kau kan kawan baik aku." balas Amanda.
Tepat pada waktunya, bas sampai di bas stop berhadapan sekolahnya. "Rezeki aku balik awal, tu bas dah sampai. Aku balik dulu, bye." Hifza Yelda melambai ke arah Amanda dan berjalan dengan riang ke arah bas.
Dia meloloskan dirinya ke dalam perut bas dan memilih kerusi paling belakang dan duduk di tepi tingkap. Masuk saja dalam bas, Hifza Yelda ibarat seperti gadis tanpa arah tujuan. Dia hanya duduk termenung melihat suasana perjalanan pulangnya. Wajahnya tadi yang ceria, kini sudah pudar.
Nafas berat dilepaskan, seperti melepaskan segala beban yang dia pikul dalam kehidupannya.
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu."
Hifza Yelda menoleh ke arah suara yang menyapa gegendang telinganya, dia melihat ke arah lelaki tersebut dari atas ke bawah dan mengulangnya dari bawah ke atas pula. "Hmph." balasnya singkat.
Malas ingin melayan lelaki yang menegurnya, dia membuang pandangan keluar tingkap semula. Lagi pula, dia tidak mengenali siapa lelaki itu. Dia membuat pilihan untuk berdiam diri tanpa membalas sepatah ungkapan pun.
"Kalau ada masalah, jangan pendam. Nanti jadi penyakit."
Sekali lagi suara lelaki itu menyapa gegendang telinga Hifza Yelda, dia tidak peduli dengan lelaki itu. Sekali lagi, membuat pilihan untuk tetap berdiam diri. Apabila bas sampai pada bas stop yang biasa Hifza Yelda turun untuk berjalan kaki ke rumahnya. Dia segera turun dari perut bas.
"Dah jadi penyakit dah pun."
Sempat Hifza Yelda membalas sebaris ayat pada lelaki tersebut sebelum dia keluar dari bas tersebut. Kakinya melangkah menuju rumah yang dia menetap sudah dua tahun ini. Rumah teres setingkat, dari luar terlihat tanpa seri dan warna pudar suram.
Hifza Yelda membuka pintu rumahnya, terlihat Encik Hafizzudin duduk di sofa sambil menonton TV. "Baru balik?" tanya Encik Hafizzudin, matanya masih fokus pada cerita yang dimainkan di TV.
"Hmph." balasnya singkat.
Malas berlama-lama di ruang tamu, Hifza Yelda berjalan dengan malasnya masuk ke dalam biliknya. Bilik yang dihiasi dua warna iaitu hijau dan ungu, bilik menjadi tempat dia berehat dan melampias emosinya.
Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil dan menanggalkan tudung sekolah yang melekat di kepalanya,
"Hifza, masak. Papa lapar, tak makan lagi dari tengahari tadi." tiba-tiba Encik Hafizzudin menerjah masuk ke dalam bilik anak perempuannya untuk meminta Hifza Yelda masak makan petang untuknya.
"Hmph." balasnya malas.
Encik Hafizzudin keluar dari bilik anak perempuannya. Selesai menukar baju. Hifza Yelda ke dapur untuk masak untuk bapanya. Selesai tidak sampai satu jam, masakannya sudah jadi.
"Papa, makanan dah siap." ucap Hifza Yelda yang berada di dapur.
"Ini je yang kamu masak? Telur goreng dengan ikan bilis goreng? Aku nak makan yang sedap-sedap, takkan ini yang kau bagi dekat aku?" marah Encik Hafizzudin kerana masakan Hifza Yelda tidak seperti yang dia harapkan.
"Papa kalau nak makan yang sedap, order dekat restoran. Hifza tahu masak yang ni je. Papa nak makan, makan. Kalau taknak, biar je."
Hifza Yelda berjalan meninggalkan Encik Hafizzudin di dapur, dia malas mahu melayan kemahuan bapanya.
PRAK!
Terhincut bahu Hifza Yelda, dia menoleh melihat pinggan sudah pecah bertaburan di atas lantai. Begitu juga makanan yang dia masak tadi.
"Kau tak faham ke? Aku taknak makan makanan ni. Aku nak makanan lain!" tengking Encik Hafizzudin.
"Papa, kalau nak makan sedap pergi order dekat restoran. Lagi satu, papa kalau makan apa yang Hifza masak, dah kenyang dah. Ini dah bersepah atas lantai, papa tanggung lah sendiri."
Ucapan tanpa perasaan yang keluar dari bibir Hifza Yelda membuatkan Encik Hafizzudin sakit hati. Dia mengambil serpihan pinggan yang pecah dan membalingkan tepat pada kepala anaknya.
Hifza Yelda memejamkan matanya, menerima rasa sakit yang dia terima pada kepalanya. Dia membuka matanya dan memandang ke arah bapanya.
"Papa kemas lah semua ni. Papa yang buat kan?" kakinya dengan malas melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Pintu bilik di kunci dari dalam.
"WOI HIFZA, BUKA PINTU NI. AKU NAK MAKAN, MASAK UNTUK AKU!"
Pintu bilik Hifza Yelda diketuk dengan kuat, dia mengendahkan panggilan bapanya. Hifza Yelda berdiri di depan cermin melihat darah pekat mengalir dari kulit kepalanya. Dia malas mahu memikirkannya, membuat pilihan untuk berbaring di atas katil. Penat baru balik dari sekolah tidak hilang lagi, sudah di tambah dengan penat yang lain pula.
"Aku tahu dunia tempat berpenat, tapi Tuhan. Ajarkan aku bagaimana untuk berehat."
Hifza Yelda memejamkan mata, dia membiarkan darah yang mengalir di kepalanya kering dengan sendirinya kemudian dia hanyut dalam mimpinya sendiri.

Komentar Buku (1138)

  • avatar
    NaRi

    best sangat novel ini...One of the best and the saddest novel yang pernah saya baca😭😭😭😭😭👍👍👍👍👍❤️❤️❤️❤️❤️

    31/07/2022

      7
  • avatar
    Nor Ilya

    nice

    4h

      0
  • avatar
    QadisahFathiah

    bestt sangaattt😻😻

    4h

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru