logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 36 Adolf terbebas

Adolf kemudian memeriksa nadi mereka satu demi satu.
Setelah dia yakin yang mereka sudah mati. Dia kemudian mulai membelek belek dokumen yang diberikan padanya.
Ternyata, semua yang diperlukannya sudah ada disitu.
Dia kemudian memeriksa bilik itu buat kali terakhir sebelum meninggalkan mereka.
Dia terus menuruni tangga.
Setelah dia sampai di tingkat bawah. Alangkah terkejutnya dia setelah melihat mayat seorang budak perempuan terlentang disitu.
"Ben, apa yang awak lakukan padanya?"
" Saya mengakhiri nyawanya."
" Tapi kenapa. Dia cuma budak kecil."
" Dia melihat semua kejadian yang ada dibilik itu. Perempuan itu memerintahkannya untuk bersembunyi sebelum menyerang kamu."
" Bagaimana awak yakin tentang itu."
" Itu cuma andaian saya."
" Jadi, awak membunuhnya hanya kerana andaian?, awak gila. Awak raksasa."
" Iya, memang saya raksasa. Begitu juga awak, tidak ada beza antara kita. Kita adalah boneka pembunuh, tidak lebih dari itu. Apabila kita sudah tidak berguna, kita akan mati juga nanti."
Adolf kemudian meluru lalu melepaskan penumbuknya ke muka Ben.
Ben hanya, diam dan tidak mengelak.
Sampai sahaja buku lima itu ke mukanya, Ben terus terpelanting beberapa kaki ke belakang.
" Kenapa awak tidak melawan?, lawan saya!!!"
" Tidak, emosimu sekarang tidak stabil. Sekiranya dengan memukul saya membuatkan awak lebih baik, saya sedia menerima semua pukulan awak."
" Awak pengecut, awak membunuh budak yang tidak bersalah dan tidak mahu melawan saya."
Ben, hanya diam. Dia tidak membalas apa yang Adolf ucapkan.
Adolf dengan hati yang hancur pergi dari situ.
Malam itu, Adolf tidak dapat tidur. Dia terus memikirkan tentang keluarga yang malang itu. Semua amanah yang mereka ingin dia sampaikan lesap. Dia gagal untuk mengotakan janjinya.
Dia terus menangis, dia tidak memaafkan dirinya sendiri. Dia kemudian mengambil surat itu lalu membakarnya.
" Awak boleh menghukum saya di neraka nanti. Sampai saat itu, saya akan terus hidup."
Kemudian, dia mengambil pendan yang dipakainya. Setelah dia membukanya, dua kertas putih terjatuh dari situ.
Adolf mengambil keputusan untuk membaca surat yang ditinggalkan oleh bapanya. Padanya, dia tidak dapat melakukan apa yang diperintahkan orang itu, sekurang-kurangnya, biarlah dia mengikuti pesan mereka.
" Adolf, sekiranya awak membaca surat ini. Bermaksud, salah seorang dari kami sudah tidak ada atau mungkin kami berdua sudah tidak ada. Awak tahu sahaja, ayah awak yang bodoh itu memang tidak boleh harap. Ada banyak benda yang ibu ingin ceritakan tapi biarlah ibu bermula dari masa muda ibu."
" Ibu dahulu adalah dari keluarga berada. Ibu tinggal dibandar, atok kamu mempunyai banyak harta tau. Suatu hari, ibu ikut memburu dengan atok kamu di sebuah kampung. Disitulah, ibu berjumpa ayah kamu, atok kamu mengupahnya sebagai penunjuk arah didalam hutan. Saat ibu leka, tanpa ibu sedari. Ibu sudah terpisah dari mereka, ibu sangat takut. Ibu terus duduk diam dan memanggil manggil nama atok kamu."
" Siapa sangka, rupanya yang datang bukan atok kamu sebaliknya adalah babi hutan yang besar. Disitulah ketika ibu diselamatkan oleh ayah kamu."
" Sejak hari itu, hubungan ibu semakin rapat dengan dia, kami saling berbalas balas surat sehinggalah ibu dewasa. Ketika kami mencapai usia untuk berkahwin. Dia datang ke bandar semata-mata untuk melamar ibu."
" Setelah ibu mendesak keluarga ibu. Akhirnya, kami dapat berkahwin dengan syarat dia bekerja dengan keluarga ibu. Jeliarga ibu tidak mahu suami ibu seorang orang kampung yang hanya tahu bercucuk tanam dan memelihara lembu."
" Ayahpun bekerja dengan syarikat perusahaan pakcik ibu. Malangnya, dia tidak pandai membaca, menulis apatahlagi mengira."
" Oleh itu, pakcik ibu terus mengecil-ngecilkannya. Tetapi, dia tidak kisah tentang itu. Sehinggalah pakcik ibu berlebihan dengan menghina ibu kerana terlalu bodoh untuk ingin dikahwininya. Disebabkan itu, ayahmu terlalu marah lalu menyerangnya."
" Ayahmu adalah seorang yang keras kepala dan bodoh. Setelah semua kekacauan itu, dia kemudian pergi dari situ. Setelah berita itu sampai ke ibu, ibu menangis di rumah bersendirian."
" Ini kerana, ibu sangat risau akan masa depan awak. Sekiranya ayah awak tidak ada kerja, bagaimana kita sekeluarga mahu hidup. Siapatahu, rupanya dia mendengar tangisan ibu."
"Ini menyebabkan dia bertemu pakcik ibu pada waktu itu juga dan memohon maaf. Walau bagaimanapun, sejauhmana mana pun dia berusaha, semuanya sia sia."
" Ibu tidak tahan melihatnya dimalukan di depan umum, disuruh bersujud dan kepalanya dipijak. Oleh itu, ibu memintanya untuk membawa ibu pergi dari situ, kamipun pergi ke tempat terpencil dan hidup disana."
" Setelah hampir beberapa bulan sebelum awak lahir. Ayahmu tidak tahan melihat keadaan keluarga kita yang daif, dia akhirnya memilih untuk menjadi tentera. Dia berharap dengan uang gajinya, ianya akan cukup untuk memenuhi keperluan awak."
" Ibu yang melihat tekadnya tidak dapat menolak kehendaknya. Oleh itu, ibu memberikan idea dengan menulis surat kami padamu. Orang yang terakhir dari kami akan menyampaikannya padamu. "
" Akhirnya, setelah awak terlahir. Dia sempat mengangkat dan memberikanmu nama sebelum pergi ke medan perang."
" Setelah itu, tahun demi tahun berlalu. Ayah kamu jarang balik, kamu sering bertanya kenapa ayah tidak balik. Ibu cuma menjawabnya dengan mengatakan yang ayah kamu sedang sibuk mempertahankan negara.
" Saat kamu kecil, kamu puas dengan hanya jawapan itu. Namun, apabila usiamu semakin lanjut. Kamu mulai mempersoalkan kenapa dia tidak balik."
"Sudahlah, hanya sampai sini sahaja yang ibu tahu.Ini kerana sakit ibu sudah semakin menjadi jadi. Ibu nemilih untuk menulisnya sekarang selagi masih berpeluang. Awak tahu?, baru sahaja kemarin malam awak membuatkan ibu bubur. Jadi disini, ibu mengucapkan terima kasih untuk itu."
" Terima kasih kerana menjadi anak yang baik. Terima kasih kerana terus kuat dan terima kasih kerana telah menjadi anak kami, untuk surat yang satu lagi. Itu, surat dari ayah awak. Sudahla, bai bai."
Adolf menangis dengan kuat, dia kemudian mengambil satu lagi kertas lalu membukanya.
Ternyata, isi kertas itu kosong.
" Si bodoh itu, selama ini. Dia tidak pandai membaca, jadi. Surat khabar yang ada dimejanya setiap pagi itu hanya lakonan. Kenapalah awak tidak tidak belajar membaca. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang awak boleh tulis buatku. Hmmmm, ayahku memang bodoh dan hebat."
Setelah membaca kedua dua surat itu. Adolf kemudian menguatkan tekadnya. Dia mengambil peluru pemberian cikgunya dan senapang 'shotgun' yang ada didalam beg dibawah katilnya.
Kemudian, dia masuk ke dalam tandas. Dia menghidupkan air paip lalu berbaring di dalam tiub mandi. Setelah itu, dia terus menembak kepalanya sendiri.
" Tuan, kami tidak menerima apa apa tanda dari implant yang kita tanam tuan."
" Apa maksudmu?"
" Salah satu implan yang kita letakkan di dalam kepala dua orang tentera buatan tuan tidak aktif."
" Siapa?"
" Alois Adolf, tuan."
" Kami mengesyaki yang ianya rosak akibat pertarungannya sebelum ini melawan Jack the ripper."
" Tidak, mustahil itu berlaku. Pergi geledah biliknya, laporkan pada saya sekiranya kamu menemukan apa sahaja benda yang mencurigakan."
" Baik tuan."
" Sebelum itu, kamu tahu dimana dia berada?"
" Ben telah mengesahkan yang mereka sekarang ini menaiki kapal terbang menuju kesini."
" Jadi, dia tidak lari. Baiklah, kamu boleh pergi. Untuk kamu pula, ikut saya. Saya mahu memastikan sesuatu!"
Alfonso menuju ke bilik Jul lalu membuka paksa pintunya.
" Arhh, ada apa tuan?"
" Tahan dia!"
Beberapa orang yang ikut dengan Alfonso terus menahan Jul.
Saat Alfonso cuba mencari sesuatu dibilik itu. Matanya terus menangkap sebuah gambar yang tidak asing baginya.
" Lukisan itu, siapa yang berikan pada awak."
" Itu, Adolf yang menghadiahkannya kepada saya."
"............ Tidak ada apa-apa masalah tentang itu bukan?"
Alfonso terus terduduk setelah mendengarnya. Matanya tidak lari dari lukisan yang bergambar apel diatas meja itu.
Syukurlah, teori cikgu saya berhasil. Saat saya kembali tersedar, saya melihat beberapa butir peluru serta sebiji alat pelik sudah ada didekatku. Aku yakin yang alat itulah yang selama ini telah mengawalku dari dalam. Dengan ini, aku sudah tidak terikat lagi dengan Alfonso, aku sudah bebas.
" Huuuuuh, tapi. Mahu tidak mahu, aku mesti balik semula ke neraka itu untuk memberitakan hal ini kepada Cikguku lalu bergerak sesuai rancangan. Huuuuh, aku cuma boleh berharap yang mereka tidak tahu apa apa tentang ini."
bersambung...

Komentar Buku (54)

  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04

      0
  • avatar
    Joe Galvez

    beautiful day here and there but I will be there at the same time I don't have a car so I can

    14/03

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru