logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 35 nasihat dari sang ayah

Hari demi hari berlalu. Kehidupan mereka kembali seperti sediakala, pagi pagi lagi. Mereka akan belajar bersama Jul. Setelah itu, mereka akan makan tengah hari.
Diwaktu petang pula, mereka akan berlatih, mereka saling menajamkan semua skill yang mereka ada bermula dari pertarungan jarak dekat, melatih ketajamanan tembakan mereka dan melakukan latihan otot agar dapat bergerak dengan lebih lancar.
Hari demi hari, minggu demi minggu berlalu sehingga genap sebulan. Tidak ada apa apa yang berlaku, semuanya sangat normal.
Sampailah suatu hari, Alfonso memberikan mereka misi baharu.
" Cikgu, saya akan pergi misi besok."
" Ooh, pergilah."
" Baiklah."
" Tunggu!, saya cuma ingin memberitahu awak sesuatu. Simpanan saya sudah cukup, jadi... Awak tidak perlu teragak-agak."
" Itu sudah tentu, cikgu tidak perlu mengatakannya. Baiklah, saya pergi dahulu."
" Kamu akan pergi ke Rusia!, tugas kamu adalah mencari lelaki bernama Gordievsky. Pergi bunuh dan palsukan kematiannya!, jangan sampai mereka tahu yang ianya adalah kerja kita."
" siapa lelaki ini?"
" Dia adalah 'spy' dari Rusia. Dia berjaya masuk ke negara kita dan menyalin ' blueprint' cara penciptaan bom atom."
" Disebabkan itu, Rusia tidak lama lagi akan mempunyai bom atom mereka sendiri."
" Kesalahannya terlalu besar. Kematianpun belum cukup untuk membalas perbuatannya."
" Jadi, misi kamu adalah pergi dan cabut nyawa si brengsek itu. Setelah itu, dapatkan kembali salinan ' blueprint' bom atom itu!!"
" Baiklah."
Keesokan harinya, Adolf dan Ben pun berangkat ke Rusia menggunakan kapal terbang.
salah satu rumah di Rusia
" Mak, ayah sudah balik!!"
" Aiina, mana mak?"
" Mak ada di dapur. Dia sedang siapkan makan malam."
" Ooh, begitu."
" Siapa dia ayah?"
" Dia kawan ayah."
" Ooh. Kenapa dia memakai topeng?"
" Aiina, boleh ayah minta tolong sesuatu?"
" Apa dia ayah?"
" Boleh awak panggil mak awak!"
" Boleh, sekejap. Saya panggil."
..........
" Mak, ayah panggil."
" Ada apa bang?" ucap sang isteri sambil berjalan ke ruang tamu.
Rupa isterinya terus bertukar saat melihat suaminya.
" Abang tidak mahu makan untuk malam ini. Saya mahu naik dengan kawan saya, tidak perlu panggil saya untuk makan. Kamu juga tidak boleh keluar sampai semuanya selesai. Jadi, tunggu sahajala didapur sampai urusan kami habis!"
" ...... Baiklah bang."
" Mak, kenapa mak menangis?"
" Tidak ada apa apa Aiina. Sudahlah, mari kita makan!"
" Ayah, ayah pasti tidak makan. Mak masak sedap tau."
" Hahaha, lain kali ayah makan."
" Selena, saya sayang kamu. Tolong jaga Aiina baik baik ya!, saya pergi dahulu."
Adolf dan Lelaki itu kemudian naik ke tingkat atas rumah menuju ke bilik bacaan lelaki itu.
" Ini adalah semuanya. "
" Awak fikir saya akan percaya?"
" Sudah tentu awak tidak percaya, kamu boleh periksa sendiri dahulu. Saya tidak mahu menyusahkan kerja kamu, ini sebagai tanda terima kasih kerana memberikan saya peluang mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya."
".......... Kenapa awak hanya diam?, awak tidak memeriksanya?"
" Saya akan periksa nanti."
Adolf kemudian mengambil kain langsir jendela yang ada disitu lalu mengikatnya di kipas syiling.
" Awak tahu, saya tahu yang saya akan berakhir seperti ini dari dahulu lagi. Tetapi, apabila ianya betul betul berlaku, saya yang sudah terlatih pun boleh kecut. Boleh awak bagi saya sedikit masa?, kaki saya bergetar kerana ketakutan. Saya kehilangan tenaga untuk bangun."
" Ya, ambillah masamu. Saya akan tunggu."
" Awak janji, sekiranya saya bekerjasama. Awak tidak akan mengapa apakan keluarga saya bukan?"
" Yaa, saya tidak akan mengapa ngapakan mereka selagi mereka tidak tahu apa apa tentang kita."
" Sekiranya begitu, legalah sedikit hati saya untuk pergi dari dunia ini."
Tiba tiba, pintu bilik kami terbuka. Isteri lelaki itu datang dengan cepat lalu menikam perut Adolf.
Adolf terus menahan tangan isterinya.
" Awak sudah mengetahui tentang kami, awak juga perlu mati."
" Tunggu tuan, seperti yang awak janjikan. Awak tidak akan mengapa apakan keluarga saya."
" Saya cuma berjanji untuk tidak mengapa apakannya hanya sekiranya dia tidak tahu apa apa tentang ini. Sekarang dia sudah mengetahuinya."
" Tapi....., tolonglah. Biarkan mereka hidup, mereka tidak akan menceritakan ini kepada sesiapa!!, saya janji tentang itu."
" Janjimu sama sekali tidak berguna, dia cuma perlu mati kerana telah mengetahui tentang ini."
Perlahan, lelaki itu mulai mengepalkan tangannya.
Isterinya kemudian memegang tangannya lembut.
" Tidak mengapa bang. Saya tidak kisah untuk mati bersama sama dengan awak."
" Tapi, bagaimana dengan Aiina?"
" Encik pembunuh, awak tidak akan mengapa apakan Aiina bukan?"
" Sekiranya dia tidak tahu apa apa, saya tidak akan membunuhnya."
" Baiklah, itu sudah cukup buat saya. Ambillah nyawa saya bersama sama suami saya."
Perempuan itu kemudian memberikan Adolf tuala putih.
" Tolong gunakan ini merenggut nyawa saya!"
" Selena, awak pasti tentang ini?, saya tidak mahu kamu mati disini bersama saya. Kamu masih boleh terus hidup bersama Aiina, melihat dia membesar."
" Abang, kita sudaj tidak mempunyai pilihan lain. Sekiranya kita melawannya sekarang dan kita kalah, nyawa Aiina dalam bahaya."
" Tapi, sebelum kami mati. Bolehkah saya meminta sedikit permintaan?"
" Apa permintaanmu?"
" Bolehkah kami menulis surat buat anak kami?, ada banyak benda yang kami ingin sampaikan padanya sebelum berpisah selama lamanya."
Adolf menahan air matanya setelah mendengar ucapan sang ibu itu.
" Baiklah, tulislah sesuatu untuk anakmu. Tetapi saya akan periksa terlebih dahulu sebelum memberikannya padanya."
" Terima kasih tuan pembunuh."
Suami isteri yang malang itu kemudian mengambil pen dan kertas lalu menulis surat buat anak mereka.
Masa terus berjalan, sudah hampir 5 minit si isteri menulis.
" Awak, lama lagikah awak ingin menulisnya?"
" Sudah tentu lama lagi, ada banyak lagi yang saya ingin katakan padanya, semua kertas ini tidak cukup untuk itu." ucap sang isteri sambil menangis.
Topeng yang disembunyikannya sudah hancur. Emosinya sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia menangis dengan kuat.
Melihat isterinya yang hancur. Si suami kemudian memegang tangan isterinya lalu mengambil kertas kertas tulisan isterinya. Dia kemudian menyatukan kertas mereka lalu melipatnya.
" Nah, ini dia tuan pembunuh."
Adolf mengambil surat itu lalu memasukkannya ke dalam beg dipinggangnya.
" Terima kasih banyak tuan pembunuh. Saya tidak pernah membayangkan orang yang akan membunuh saya adalah orang sebaik ini."
" Saya tidak baik, jangan salah sangka. Hanya saja, kamu mengingatkan saya dengan ayah saya."
" Oooh, jadi. Dia juga menulis surat buat awak?"
" Iya."
" Nasib kami sangat sama dengannya, awak tidak keberatan untuk memberitahu kami apa yang dia katakan sebelum kami bertemu pencipta kami?"
" Saya ingin sekali memberitahu kamu tentang itu. Malangnya, saya tidak membaca surat itu. Saya belum bersedia."
" Awak tidak boleh berbuat begitu. Kami sebagai ibubapa akan kecewa apabila surat terakhir kami tidak dibaca oleh anak kami. Awak patut membacanya nanti selagi awak masih mempunyai kesempatan."
" Iya, saya akan membacanya nanti. Terima kasih atas nasihat itu."
" Sama sama. Baiklah, mari kita lakukan ini Selena!"
" Baik bang."
" Tolong berlembut dengan isteri saya tuan, dia seorang perempuan!"
" Awak tidak perlu memberitahu tentang itu."
" Awak berlagak seperti tidak mempunyai hati perut. Tetapi saya tahu, dibalik topeng itu. Awak sedang menangis."
" Awak tidak perlu terlalu bersedih. Kami mati kerana sudah menjadi nasib kami. Kamu cuma melakukan tugas kamu begitu juga kami."
Setelah itu, lelaki itupun menggantung dirinya.
Pada masa yang sama, Adolf terus mengetatkan kain yang menjerut leher isteri lelaki itu.
Dalam beberapa saat, mereka berdua terkapai-kapai. Setelah itu, merekapun mati.

Komentar Buku (54)

  • avatar
    VillaceraJM

    good novel to read, but the story is a bit questionable, overall good book

    11/05

      0
  • avatar
    Enelin Ogou

    aku bagi 1 bintang dulu ya

    14/04

      0
  • avatar
    Joe Galvez

    beautiful day here and there but I will be there at the same time I don't have a car so I can

    14/03

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru