logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

BAB 6

Majlis konvokesyen akhirnya bermula.Putra nampak segak memakai baju jubah topi khasnya.Dia termenung sambil duduk berhadapan dengan pentas dewan itu.Ramai sekali pelajar di situ menghadiri majlis konvokesyen.Riuh-rendah suara mereka dalam dewan itu termasuk para ibu bapa pelajar turut menghadiri majlis itu.Namun tidak bagi Putra,semua berasa gembira,ada yang gementar dan bermacam ragam.Dia asyik termenung sehingga Aisyah pantas menghampirinya.
"Hei,kenapa termenung ni..Ingat kat perempuan kah.."
Terganggu lamunan Putra setelah mendengar suara Aisyah berada dekat dengannya.Dia memandang Aisyah yang duduk bersebelahan dengannya.Setiap pelajar di situ akan diberikan kerusi untuk duduk.Aisyah tersenyum terhadapnya.Putra terpaku sedikit melihat kecantikkan Aisyah.
"Mana ada."
Putra kembali fokus.Aisyah tidak mempercayainya.
"Jangan tipulah.Saya boleh nampak awak macam berfikir tentang seseorang."
Aisyah menafikan.Putra kembali memandangnya.
"Baiklah..Ya,saya fikir pasal perempuan."
Putra mereka cerita.
"Ooo..Siapa perempuan tu?Dia ada kat sini kah.."
Aisyah meliarkan matanya memandang sekeliling.Putra mengeluh.
"Awak."
Putra yakin mengatakannya.Pantas Aisyah memandangnya.Dia mengecilkan mata.Putra juga memandangnya.
"Yalah..Saya tahu.Saya ni handsome.Tulah awak pandang saya macam tu kan.."
Putra pantas bermegah.Aisyah membuat memek muka menyampah.Putra yang terlihatnya pantas tergelak kecil.
Majlis akhirnya berlangsung.Masing-masing bersiap-sedia untuk naik ke atas pentas.
***
"Di mana mereka sekarang.."
Suriana mengeluh sambil memandang suasana di luar tingkap bilik pejabatnya.Zam juga turut di situ berdiri memandang gerak-gerinya.Zam faham akan keluhan Suriana.Semenjak abangnya meninggal,semuanya kucar-kacir kerana harta.Suriana tidak mampu berkata apa-apa.
"Puan,saya yakin..Tuan Airil dan cucu puan juga bahagia di sana.Puan tak perlu memikirkannya.Percayalah..pasti akan kembali ke sini."
Zam meyakinkan Suriana.Pantas Suriana memandang Zam.
"Macam mana pula awak boleh yakin mereka akan kembali?"
Suriana berminat ingin tahu.
"Puan tahu yang Tuan Airil tu orang yang macam mana.Dia sangat tabah menghadapinya..Walau apa pun,dia pasti faham situasi sekarang."
Zam cukup meyakinkan.Padahal hanya Tuhan saja yang tahu jeritan dalam hatinya.
"Saya harap macam tu lah.Saya kena bertahan di sini."
Suriana kembali memandang suasana luar tingkap itu.Zam sebak mendengar keluhan itu.
'Maafkan saya,puan'
Dia berkata dalam hati.Betapa sedihnya melihat Suriana yang sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka berdua.Zam tidak dapat memberitahu kebenarannya kerana risau akan keselamatan Putra.Dia berharap akan ada sesuatu yang baik datang ke arah mereka.
***
Danish menantinya di luar majlis itu.Ramai sekali ibu bapa pelajar membawa anak-anak mereka keluar dari majlis itu.Danish menahan sebaknya demi Putra.Putra keluar bersama Aisyah sambil membawa segulung ijazah di tangannya.
"Pakcik!"
Putra memanggilnya dari jauh.Aisyah hanya mengikut jejak langkah Putra.
"Wah,kamu dah makin dewasa kan.."
Danish cuba menggembirakan Putra.Putra pula memandang sekeliling.Dia mencari seseorang.
"Ayah tak ada kah..."
Pertanyaan itu menyentakkan Danish.Aisyah hanya memandang mereka berdua.
"Ahm,ayah kamu mungkin sibuk.Jadi dia tak dapat datang."
Danish mencari alasan.Putra berasa sedih mendengarnya.Danish mencari jalan untuk memecahkan kejanggalan itu.Dia memandang Aisyah yang berada disamping Putra.
"Ini siapa pula.."
Danish segera menukar topik.Putra memandang Aisyah.
"Oh,dia kawan saya kat U ni.Dia orang Malaysia,pakcik.Ahm,kenalkan ini Aisyah."
Putra menumpaskan kesedihannya.Danish tersenyum hambar.
"Aisyah,ni pembantu saya.Tapi saya anggap dia macam pakcik saya."
Putra mengenalkannya.Aisyah memberi salam terhadap Danish.Danish gembira mendengarnya.
"Mana keluarga kamu.."
"Oh,keluarga saya ada kat Malaysia.Mereka kata nak jemput saya di lapangan terbang nanti.Mereka tak ada masa nak jumpa saya sebab sibuk hal kerja."
"Oh,yakah.Baguslah macam tu.."
Aisyah beramah mesra.Putra segera melupakan kesedihannya tadi lalu mencelah mereka berdua.
"Aisyah,kita bergambar hari ni.Buat kali terakhir kita berjumpa.Saya harap..saya dapat jumpa awak lagi."
"Yalah."
Danish mengeluarkan kameranya dari beg.Putra gembira melihat kecekapan Danish.
"Aisyah,awaklah yang pegang."
Putra meminta.Aisyah pun hanya menurut saja.Dia memegang kamera itu secara berhadapan dengan mereka.Aisyah mengira sebanyak tiga kali sebelum bergambar.Akhirnya,mereka bertiga tertangkap gambar.Danish berada dibelakang Putra yang berada di tengah di antara mereka berdua.Berkali-kali gambar diambil namun Putra asyik memberi reaksi wajah yang melucukan.Aisyah berasa menyampah melihat reaksi wajahnya yang tidak serius.Danish pula tersenyum lebar dalam gambar itu.Mereka amat serasi bersama.
*****
Setelah majlis itu selesai,mereka berangkat ke rumah.Suasana dalam rumah masih sama seperti sebelum ini kerana penjagaan rapi Danish.Danish yang mengangkat beg bagasi Putra pantas merehatkan diri di sofa.Putra pula membuka langsir tingkap di ruang tamu itu.
"Pakcik jaga rumah ni dengan baik."
Putra sangat gembira melihat tugas Danish sebagai pembantunya dilaksanakan.Danish memandang Putra yang segera duduk di sofa bersamanya.Putra yang memakai baju kot labuh tidak dibuka dari tubuhnya.Dia memejamkan mata.
"Pakcik agak penat juga mengemas rumah ni sorang-sorang.Seram pula tu.."
Danish meluahkannya.Putra hanya mampu tersenyum.Terlintas di fikiran Putra tentang ayahnya.
"Pakcik.."
"Ya.."
"Sebenarnya,ayah kat mana sekarang..Pakcik bagitaulah saya.Apa yang ayah saya tengah buat sekarang?"
Sekali lagi Putra bertanyakan soalan yang sama.Disebabkan rasa gelisahnya untuk menjawab soalan itu,pantas dia bingkas berdiri berlalu dari situ.Dia pergi ke bilik tanpa berkata apa-apa.Putra sekadar memandang gerak-gerinya.
"Apa yang pakcik sembunyikan dari saya.."
Putra berbisik perlahan.
Danish pula duduk di birai katil sambil menangisi dirinya.
'Apa saya nak kata pada dia...Bolehkah dia terima kenyataan yang ayah dia menghilangkan diri oleh pakcik dan makcik dia.'
Danish sekadar berkata dalam hati.Dia menangis dan menangis saat mengenangkan nasib Putra dari kecil dibawa lari ke sini demi keselamatannya.
***
Beberapa jam kemudian,Putra mengambil keputusan untuk berjumpa seseorang yang boleh membantunya untuk mencarikan ayahnya.Dia berjalan perlahan sambil mengelamun.
"Ayah..Ayah.Ayah!!!"
Itulah yang difikirkannya sepanjang perjalanan itu.Dia teringat akan mimpi yang selalu dialaminya.Dia tekad untuk mencari ayahnya.
Dia bertemu seorang lelaki yang berusia 40-an yang juga merupakan lelaki asing di negara itu.Mereka bertembung di sebuah restoren mewah.Putra yang memakai baju kot labuh berwarna biru tua kelihatan segak dan sesuai pada tubuhnya yang tidak berapa sasa.Saat dia berjalan,baju kotnya asyik ditiup angin yang tenang.Lelaki itu juga mengecamnya dari jauh.
"Awak nak jumpa saya kah.."
Lelaki itu berpakaian kasual saja dan bertutur dalam Bahasa English.Putra pun menjawab lalu duduk di kerusi itu.
"Ya.Saya yang telefon awak tadi.Saya dengar,awak sangat handal mencari orang.Tambahan pula,kawan saya yang mencadangkan untuk meminta pertolongan awak."
Katanya jelas bertutur Bahasa English.Lelaki itu menganggukkan kepala.
"Ya.Awak jumpa orang yang betul.Jadi,awak nak saya cari siapa?"
"Cari ayah saya."
Putra berkata sambil mengeluarkan sekeping gambar kenangannya dari kecil bersama ayahnya.Sebelum dia dibawa lari,diaselalu membawa gambar itu ke dalam poketnya kerana rasa sayangnya pada ayahnya.Dia berasa senang sekali kerana berbaloi membawa gambar itu pada masa seperti ini.
Lelaki itu menatap gambar itu.
"Baiklah,kalau saya dah jumpa orangnya..saya akan hubungi awak."
Lelaki itu mempersetujui arahan itu.Putra berasa lega mendengarnya.Putra berharap,dia berhasil mencari ayahnya selama ini.

Komentar Buku (769)

  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    3h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • avatar
    RadzhiFakhrul

    good

    1d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru