logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

BAB 3

Airil pada masa itu sedang bersiar-siar bersama Putra di taman.Mereka berjalan mengelilingi taman itu sambil berpegangan tangan.Putra bersama puas kerana dapat meluangkan masa dengan ayahnya.Sebelum ini,Airil sentiasa sibuk dengan kerjanya di pejabat.Putra hanya mampu mendiamkan diri kerana faham akan keadaan ayahnya.Putra yang berusia enam tahun itu telahpun bersekolah dan hidup tanpa kasih sayang ibunya.Walaupun begitu,dia tetap gembira kerana dia masih mempunyai seorang ayah yang hebat.
"Putra,hari ni rasa seronok tak dengan ayah.."
Airil tersenyum saat melihat Putra berlari kesukaan.Dia betul-betul teruja.
"Ya.Putra rasa seronok sangat."
Luahan hati seorang anak kepada ayahnya.Putra berlari ke arah ayahnya.
"Ayah,mak pasti tengah tengok kita kan di sini?"
Sayu hati Airil mendengarnya.
"Ya.Mak pasti tengok kita.Lagipun...anak ayah kan kacak.Mesti mak seronok sangat dapat tengok Putra."
Airil hanya berkata.
"Ayah,Putra tetap sayang ayah walaupun mak dah tak ada dengan Putra.Selagi ada ayah,Putra tetap gembira."
Pantas Putra memeluk ayahnya.Airil tidak mampu berkata apa-apa.Dia hanya membalas pelukan kecil anaknya.
"Ayah pun sayang Putra."
Airil sangat sayu akan nasib anaknya tanpa ibunya di sisi.Mereka sangat gembira walaupun sayu di hati.
Namun,seorang lelaki berjaket kulit hitam juga berada di situ.Dia mengekori mereka selama ini.Dia hanya memerhatikan dari jauh.Lalu terimbas kembali di ingatan.
"Dan lagi satu...saya juga nak awak...bunuh budak tu sekali.Jangan biarkan budak tu terlepas.Faham?"
Terlintas di fikirannya dengan arahan Zamri itu.Dia akan memulai rancangannya.
***
"Zamri..Sekarang kita nak buat apa?Orang tua tu asyik nak ganggu kita biarpun ayah dah mati.Geram betul saya dengar leteran dia tadi.Macam nak jahit ja mulut dia tu.Ish!"
Shira berasa geram.Mereka berbincang di bilik pejabat Zamri.Zamri menarik sedikit tali lehernya.
"Zamri!"
Shira berasa marah dengan reaksi Zamri yang asyik terdiam memandang tingkap.
"Buat apa awak nak risau.Saya akan uruskan lelaki lembap tu.Sekejap lagi..dia akan lenyap dari dunia ni."
Zamri begitu yakin.Pantas Shira mendekatinya.
"Apa maksud awak ni?Awak ada rancangan kah?"
Shira berminat ingin tahu.Zamri hanya berdiam diri.Shira tertanya-tanya maksud Zamri itu.Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.
*****
Suriana tiba di rumah dalam keadaan keletihan.Dia berjalan menuju ke biliknya.Wajah sedikit berkeringat kerana kepenatan bekerja di pejabat bagi menggantikan tempat abangnya yang baru sahaja meninggal.Dia duduk di birai katil.Termenung sebentar,dia teringat untuk berjumpa dengan pembantu Airil.Dari pejabat lagi dia telahpun memintanya datang ke rumah untuk berbincang.Tiba-tiba,pembantu rumah mengetuk pintu biliknya.
"Puan,Encik Zam dah sampai."
Pembantu itu sekadar bercakap di depan pintu biliknya.Suriana terdengar lalu meminta tetamu masuk ke biliknya.Pembantu rumah itu segera menurut perintah.
Zam akhirnya tiba di bilik Suriana.Dengan langkah hormat,dia masuk ke bilik itu tanpa berkata apa-apa.
"Puan nak berjumpa dengan saya..."
Zam ingin tahu.Suriana sekadar menganggukkan kepala.
"Encik Zam,selama ni kamu sentiasa berada di sisi Airil kan..."
"Ya,puan.Ada apa-apa yang saya perlu buat.."
Zam amat menghormati Suriana sebagai majikannya.Suriana pantas menghampiri Zam lalu memegang kedua-dua belah tangannya.Suriana amat sayu.
"Encik Zam...Saya merayu pada awak.Tolong jagakan Airil dan cucu saya,Putra..Saya rasa mereka pasti dalam bahaya sekarang.Saya dapat rasakan...Zamri dan Shira pasti tengah fikirkan sesuatu yang kita tidak akan dapat jangkakan.Itu saya pasti."
Mengalir air mata Suriana mengenangkan nasib anak buahnya dan cucunya.Zam amat faham keadaan itu.
"Jangan risau,puan.Saya akan jaga mereka dengan baik."
Zam menenangkan hati Suriana.Suriana sedikit lega.
"Dan pasal harta tu,abang saya nak serahkan kesemua harta tu pada Airil sebab dia anak sulong dalam keluarga.Abang saya dah buat wasiat atas namanya.Kalau dia tidak dapat harta tu,maka cucu saya akan dapat semua itu.Saya takkan sesekali serahkan sedikit pun pada Zamri dan Shira tu walau sesen pun.Biarpun abang saya serahkan mereka,saya tetap tidak setuju.Tapi bila saya jumpa dengan peguam yang mengurus wasiat itu,nampaknya abang saya berfikiran jauh..dia buat wasiat itu atas nama Airil."
Suriana meluahkan segalanya.Kini,Zam dapat tahu akan isi kandungan wasiat itu.Zam berjanji akan menjaga mereka sepenuh hatinya.
"Saya harap..awak tunaikan janji kita ya.."
Suriana merayu.Zam menganggukkan kepala sambil tersenyum.Setelah semuanya terluah dari isi hatinya,dia berasa lega sedikit untuk seketika.Dia berharap permintaannya itu ditunaikan.
***
Setelah berjumpa dengan Suriana,dia kembali mencari Airil yang sedang bersiar-siar bersama Putra.Langit semakin gelap,Zam dapat mencari mereka berdua.Dari jauh saja Zam melihat gelagat mereka anak-beranak.Mesranya mereka.
Namum,ada sebuah kereta van berwarna hitam mencurigakan kerana kereta itu berjalan amat perlahan ke arah Airil dan Putra.Zam memerhatikannya.Setelah kereta itu sampai kepada mereka,dengan pantas beberapa orang yang bertopeng pantas memaut leher Airil untuk masuk ke dalam kereta.Airil yang hampir tercekik itu segera melepaskan tangan Putra.Airil dapat mengagak ini akan berlaku padanya.Zam berlari ke arah mereka.
"Hei,berhenti."
Apabila mereka melihat Zam datang meluruh,pantas mereka membawa masuk Airil ke dalam van itu.Putra hampir menangis melihat ayahnya dipaksa masuk.Mereka berjaya menculik Airil namun gagal menculik Putra.Zam memegang tangan Putra.
"Pakcik,ayah...ayah..."
Putra menangis.Zam pantas memeluknya.Dengan pantas dia mendail nombor kecemasan.
"Hello,tolong kami!Di sini baru saja berlaku penculikan."
Zam tegas.Putra pula tidak berhenti menangis.
***
Disebabkan dia terlalu cemas.Dia membawa Putra ke rumah untuk memberitahu yang lain tentang hal ini.Zam masuk halaman itu namun...
"Awak yakin kah mereka dapat tangkap Airil?"
Shira pada masa itu baru tahu akan rancangan Zamri.Mereka bercakap di ruang tamu sehinggakan Zam terkejut mendengarnya.
"Mestilah.Saya dah fikirkannya..Mereka perlu buatkan Airil seperti pergi melarikan diri ke luar negara kerana sifat pengecutnya.Kita akan tenang bila tak ada lagi manusia seperti dia wujud di dunia ni."
Sekali lagi,Zam terkejut.Rupa-rupanya ini adalah rancangan mereka berdua.Zam terhenti di depan pintu.
"Kita tunggu saja...Kemenangan ni akan jadi milik kita."
Zamri sangat yakin sehingga mampu tersenyum lebar.
"Awak memang hebatlah,Zamri.Dia tak sepatutnya ada di sini."
Shira amat teruja.Mereka ketawa gembira dengan rancangan mereka.Zam terfikir pasti amat bahaya bagi Putra untuk terus tinggal di situ.Zam membawa lari Putra.
Dalam perjalanan sambil memandu,dia cuba menghubungi Suriana.Namun berkali-kali tidak dijawab.Suriana pada masa itu mandi membersihkan diri.Zam memandu laju.Zam terfikirkan lagi seseorang iaitu pembantu bagi Airil.Dia menjawab panggilan itu.
"Encik Danish,ini saya.Jumpa saya sekarang."
Zam amat cemas.Pantas dia memandu laju berjumpa dengan Danish,pembantu kedua dalam mengurus hal-hal Putra.
***
Danish telahpun menantinya.Zam akhirnya tiba.Lalu segera membawa keluar Putra dari kereta.Putra yang masih kanak-kanak itu tidak tahu apa-apa.Dia hanya menurut saja.
"Kenapa ni,encik Zam.Saya dengar....."
"Cepat bawa lari Putra dari sini.Bawa lari dia ke luar negara."
Zam bertegas.
"Apa?!Apa maksud awak ni.."
"Dia dalam bahaya sekarang ni..Bawa dia cepat dengan senyap."
"Jap,saya masih tak faham.."
"Nanti saya ceritakan semuanya."
"Baiklah kalau macam tu.Saya pergi sekarang."
Danish tidak dapat berkata apa-apa.Dia memegang tangan Putra masuk ke dalam kereta.
"Putra..."
Putra menoleh ke belakang.Begitu juga dengan Danish.
"Suatu hari nanti,Putra kena datang sini balik.Jumpa pakcik di tepi laut yang selalu ayah kamu bawa ya.Pakcik akan menanti kamu di sini."
Putra sekadar mengangguk walaupun tidak faham apa yang terjadi.Danish berasa sayu.
"Jangan risau,encik Zam.Saya akan jaga dia."
Katanya buat kali terakhir.Zam lega mendengarnya.Danish menghidupkan enjin lalu pergi meninggalkannya.

Komentar Buku (770)

  • avatar
    FarhaniMariah aliah

    good and bestt

    7h

      0
  • avatar
    __fendyofficial

    nice

    17h

      0
  • avatar
    Muhammad Haikal Matias

    best and good

    1d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru