logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 7

Telefon bimbitnya dia tolak tepi. Selesai saja balas mesej daripada lelaki itu dia terus hilang mood nak buat apa-apa. Aina pun satu. Sesedap rasa je bagi nombor dia pada lelaki sengal ni dah kenapa. Tak lain tak bukan lelaki tu mesti akan menghantui hidupnya untuk jangka masa yang lama. Bayangkan je pun dah mampu buat kepalanya sakit memikirkan tentang kemungkinan perkara itu akan berlaku.
Telefon bimbitnya dia ambil semula. Cuba untuk melihat jikalau lelaki itu sudah balas semula mesejnya.
'Saya tak nak. End of the story. Kalau awak datang sekalipun saya tetap tak nak jumpa so better tak payah datang terus.'
Seen. Haa baguslah tu. Perangai dia pun boleh tahan sengalnya macam dia. Sekurang-kurangnya balas lah cakap 'ye lah saya tak datang' ataupun 'saya tetap nak datang walaupun awak tak kasi'.
Ini tidak, biar je mesejnya kesepian tidak berbalas macam ni. Entah datang ke tidak pun dia tak tahu.
Lantaklah. Macam yang dia cakap pada lelaki itu dalam mesejnya tadi, kalau Hayden tetap berdegil nak datang juga, dia tetap berkeras tak nak ikut walau apa pun yang terjadi. Siapa suruh degil jugak nak jumpa. Orang dah kata tak nak jumpa tu, tak nak lah. Malas dia nak cakap banyak kali.
Kepalanya diletakkan di atas meja. Beralaskan tangannya, perlahan-lahan matanya dipejam rapat. Malas mahu bertengkar dengan fikirannya sendiri. Lebih baik dia tidur. Memandangkan hari pertama kerja, bos pun tak masuk lagi. Kerja untuknya pun tak diberikan lagi oleh Kak Wani. Jadi, sebaiknya dia gunakan peluang ini sebaik-baik mungkin untuk tidur.
---
"Dhia! Dhia!"
Terasa seperti lengannya ditepuk-tepuk lembut oleh seseorang, matanya dibuka. Celik sahaja mata, matanya disajikan dengan beberapa rakan sekerjanya yang sedang memandangnya yang baru bangun dari tidur itu. Dengan senyuman kecil terhias di bibir setiap diantara mereka. Beberapa saat dia kaku dalam keadaan separa sedar itu sebelum refleks badannya tegak serta-merta.
"Dah sedar? Jom pergi lunch. Nanti kalau lambat, waktu lunch habis pulak karang," kata Kak Wani dengan nada lembut. Lengan Dhia dia angkat sedikit, memaksa gadis itu untuk bangun dengan pantas dari tempatnya.
Terkebil-kebil Dhia pandang wajah Kak Wani. Memastikan dirinya sudah sedar sepenuhnya, bingkas dia bangun dari duduknya. Langsung tidak membantah, dia hanya menurut sahaja ke mana Kak Wani dan mereka yang lain tuju.
Ting! Pintu lift terbuka di tingkat satu pejabat itu. Mereka semua keluar dari lift itu untuk keluar makan bersama di kedai mamak bersebelahan pejabat mereka. Kak Wani kata ini memang rutin harian mereka. Waktu lunch mereka akan habiskan bersama untuk merapatkan hubungan sesama rakan sekerja.
"Hari ni kau nak makan apa?"
"Aku nak diet lah sebab baru-baru ni berat aku naik sia. Nak minum air je lah,"
"Berat naik bendanya. Perut aku macam perempuan mengandung ni rilek je tak ada pun plan nak diet. Kau yang kurus macam lidi pulak yang nak diet,"
"Kau lain lah kau kan lelaki," Mereka semua gelak besar. Kak Wani juga turut terhibur dengan karenah mereka.
Kedai yang mereka tuju ini cuma bersebelahan dengan pejabat je. Jadi, tak perlu;ah nak naik kereta untuk sampai ke sana. Jalan kaki pun boleh.
Dhia dibelakang mereka yang lain hanya diam menyepi. Dia berjalan seiring dengan Kak Wani kerana dia masih tidak mengenali mereka yang lain.
Nama pun dia tak tahu macam mana nak berborak? Takkan nak panggil senah, minah, kiah pulak kan? Tak patut betul. Tunggu dia kenal nama lah baru dia bergaul dengan mereka yang lain. Dia masih punya banyak masa untuk ingat nama mereka semua jadi tak perlu bimbang dan tergopoh-gapah.
"Cik Dhia Adreanna." Panggilan nama penuh itu membuatkan mereka semua berpaling. Dhia pastinya ikut berpaling sama kerana nama yang dipanggil dengan nama penuh itu nama dia. Lelaki itu berjalan mendekati tempat Kak Wani dan mereka yang lain berdiri.
Atau lebih tepatnya berjalan mendekati Dhia.
Setibanya dihadapan Dhia, cermin mata hitamnya ditanggalkan. Menyerlahkan wajah maskulinnya yang boleh membuat para wanita jatuh cinta pada wajahnya. Dapat dia dengar gadis-gadis di situ seperti terpesona dengan wajah kacak Hayden.
Muka je hensem nak buat apa kalau perangai sengal.
"Jom." Tanpa mengatakan apa-apa Hayden tiba-tiba pegang pergelangan tangan Dhia yang berlapik. Pantas Dhia rentap tangannya kasar dari pegangan tangan Hayden.
"Awak nak cakap, cakap je dekat sini. Saya dah cakap saya tak nak jumpa awak dah kan. Tak faham bahasa ke? Ke Aina tak inform awak lagi? Siapa yang suruh awak datang sini?" Dhia peluk tubuh. Pandangan rakan-rakan sekerjanya dia tidak hiraukan lagi.
Melihatkan keadaan mula tegang. Kak Wani mula bersuara. "Er, kita gerak dululah pergi mamak. Biar Dhia sendiri settlekan masalah dia. Nanti Dhia dah siap settle dengan boyfriend Dhia, Dhia datang meja kita orang okay?"
Membulat mata Dhia. Boyfriend?!
"Dia bukan boyfriend Dhia lah kak!" dengan suara yang kuat Dhia berkata. Orang yang lalu-lalang pun terkejut mendengar suaranya yang super kuat itu.
"Kenapa ni?" Salah seorang rakan sekerjanya yang lebih selesa digelar Abang Fahim datang menyampuk. Abang Fahim mungkin perasan yang dia berada dalam keadaan tidak selesa sebab itu dia terpaksa masuk campur sekali. Wajah Dhia dan Hayden dipandang silih-ganti.
Inilah peluangnya untuk dia larikan diri daripada lelaki sengal ni!
"Dhia sebenarnya.."
Belum sempat ayatnya habis Hayden sudah menyampuk terlebih dahulu.
"Dhia ni sebenarnya isteri saya. Dia merajuk dengan saya sebab semalam saya tak nak belikan dia durian waktu malam-malam buta. Biasalah perempuan mengidam kan," membutang mata Dhia mendengar penjelasan tak masuk akal daripada Hayden itu. Siap pakej senyuman manis bak gula dia hadiahkan kepada Abang Fahmi dengan harapan lelaki berusia 30-an itu percaya.
Dia ingat dia tipu budak-budak ke? Dia? Merajuk sebab tak dapat makan durian? Tolonglah! Durian pun dia tak makan okay!
"Oh, hal rumah tangga rupanya. Kalau isteri, boleh lah bawak pergi."
Hm, dua-dua sama sengal. Dhia berikan Kak Wani pandangan meminta bantuan wanita itu. Jangan Kak Wani pun ikut terpedaya sekali sudahlah.
"Arahan suami tak boleh lawan, Dhia." Kaku berdiri situ, Dhia seperti hilang kata-kata bila semua rakan sekerjanya percaya dengan kata-kata lelaki itu.
Semudah itu?!
"Tapi Dhia bukan.."
"Kalau macam itu, kami minta diri dulu lah ye. Sebelum habis waktu lunch saya bawa balik Dhia semula." Hayden pegang pergelangan tangan Dhia berlapik. Mengheret gadis itu supaya ikutnya naik ke kereta miliknya.
"Ish, saya cakap tak nak tu, tak nak lah! Awak tak faham bahasa ke?" Dhia masih berkeras dengan keputusannya. Kalau rakan sekerjanya tak boleh nak mempertahankan dirinya, biar dia yang pertahankan dirinya sendiri.
Dhia duduk bersila di atas lantai konkrit itu. Pandangan orang ramai semua tertuju ke arah mereka sekarang. Mana taknya, melalak tengah-tengah jalan. Waktu orang keluar makan pula tu.
Lelaki itu tiba-tiba senyum senget. Dah gila agaknya. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je senyum. Hayden merapatkan wajahnya pada wajah Dhia. Bibirnya mendekat pada cuping telinga gadis itu.
"Ke awak nak saya bagitahu dia orang yang dulu, saya terpaksa pergi rumah awak malam-malam buta semata-mata nak pujuk awak yang bermalam dekat reban ayam baru awak nak masuk dalam kereta?"
Hanya dengan sebaris ayat itu sahaja, Dhia terus bangun dari duduknya. Laju kaki Dhia melangkah menuju ke kereta bmw 7 series milik Hayden. Dia tak perlu berfikir dua kali, memang dia tak mahu sesiapa pun tahu tentang kisah memalukan zaman kanak-kanaknya yang satu itu. Nanti kena jadi bahan ketawa baru nak menyesal tak sudah. Pintu kereta terus ditutup tanpa menunggu izin tuan punya badan terlebih dahulu.
Setelah pasti Dhia sudah masuk ke dalam kereta, Hayden pandang rakan sekerja Dhia yang masih tercegat di situ. Dia hadiahkan satu senyuman kecil kepada mereka lalu berpaling kebelakang untuk kembali ke keretanya semula. Cermin mata hitamnya disarung kembali.
Tanpa dia sedar, satu senyuman manis terukir di bibirnya.

Komentar Buku (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    7d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    9d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru