logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 6

"I can't remember anything about you, but at least I have you by my side right now."
----
"Hayden chat kau buat apa?" Dhia berdehem kecil. Cuba menyedarkan dirinya yang terlebih teruja sebaik sahaja dengar nama lelaki itu.
Dia tahu bukan dia yang Hayden chat tetapi entah kenapa dia pula yang terlebih teruja. Rasa seperti rama-rama sedang berterbangan di dalam perutnya sekarang ini.
Wajah Aina berubah muram.
"Instead of asking about me, he asking about you to me. How rude he is," Sudu dalam genggaman tangan Aina macam nak bengkok je sebab Aina genggam kuat sangat. Marah betul Cik Aina kita nampaknya.
"Dia tanya apa? Dia dah ingat pasal aku ke?" Berpura-pura seperti tidak berminat padahal dalam hati tengah melompat girang. Adakah ini tanda-tanda Hayden sudah ingat tentangnya? Sudah tiba masanya untuk dia dapat happy ending macam dalam novel-novel cinta ke?
"Urm, dia cakap dia masih tak ingat apa-apa tentang kau." Wajah Dhia berkerut sambil matanya tidak lepas dari memandang wajah Aina. Dia nak cerita pun jadi nervous pula bila Dhia buat muka macam nak makan orang.
"But, but.. dia suruh kau datang rumah dia weekend ni. Dia kata lepas je dia bagitahu keluarga dia yang kau dah balik sini, keluarga dia terus suruh dia untuk ajak kau datang rumah. Rindu katanya dengan kau. So, kau kena datang rumah dia weekend ni untuk gerak awal pagi supaya sampai sana sebelum malam. Lebih lanjut nanti dia terangkan waktu dalam kereta bertolak pergi sana nanti."
Panjang lebar Aina menerangkan semula point-point penting yang diamanahkan oleh Hayden semalam. Penat dia hafal semua ni supaya tidak terkebil-kebil terangkan semula pada Dhia.
Belum sempat Dhia bersuara, Aina terlebih dahulu memotong.
"Oh, ya. Lagi satu, Hayden cakap semua ni bukan sebab dia nak tanya kau nak pergi ke tak but sebagai persediaan awal untuk kau prepare everything lebih awal sebelum weekend nanti. Kau nak pergi ke tidak, tetap kena pilih pergi sebab dia dah cakap dengan keluarga dia yang kau boleh pergi weekend ni. Apa pun pilihan kau, jawapannya tetap ya. Ini dia suruh cakap, bukan aku. Nah, kau boleh baca sendiri kalau kau tak percaya."
Aina hulurkan telefon bimbitnya kepada Dhia. Dhia ambil telefon itu lalu baca isi chat antara Hayden dan Aina. Memang Aina tak tipu. Hayden memang paksa dia pergi walau apapun jawapannya dan bukan ajak dia pergi.
Lama Dhia mendiamkan diri. Mimik wajahnya sudah berubah sepenuhnya. Elok-elok Dhia gembira kerana Hayden bertanyakan tentang dirinya, wajahnya berubah berang sebaik sahaja tahu matlamat sebenar Hayden bertanyakan tentang dirinya.
Dhia mencebik kuat. Instead of asking about her well being, he force me to go to his family dinner this weekend?! What type of jerk he is actually?
Tiba-tiba Dhia menghempas telefon Aina. Tidak terlalu kuat hempasan yang Dhia lakukan tapi cukup kuat bunyi hempasan itu. Terhinjut sedikit bahu Aina kerana terkejut.
"Kau cakap dengan dia, pergi family dinner tu sorang-sorang! He can go to hell with his attitude. Dua hari menghilang tanpa khabar, tiba-tiba hari ni chat kau suruh paksa aku datang family dinner keluarga dia? Ingat gempak ke apa paksa-paksa aku pergi macam ni? Kalau dia nak paksa aku pergi sekalipun, paksa aku depan-depanlah bukannya gunakan kau sebagai pengantara macam ni!" Naik seoktaf suara Dhia.
Dhia capai beg tangannya. Kakinya dibawa menuju ke pintu keluar rumah. Dengar sahaja pelawaan yang berupa paksaan itu terus kacau-bilau moodnya harini. Kalau lelaki itu ada depan mata dia sekarang, memang dah lebam muka lelaki itu dia kerjakan. Ingat dia milik lelaki tu ke nak arah macam-macam? Baru jumpa semalam dah tunjuk belang huh!
Tiba-tiba Aina datang berdiri dihadapan pintu, menghalang Dhia untuk keluar dari situ. Wajahnya seperti serba-salah kepadanya. Sebenarnya dia tak marah pada Aina pun. Walau sekecil zarah pun tidak. Dia marah pada lelaki itu kerana gunakan Aina sebagai pengantara antara mereka.
"Kau cakap dengan dia, aku dah tak ada apa-apa nak cakap dengan dia, okey? Buat apa nak jumpa aku lagi? Siap bagitahu family bagai. Terang-terang dia cakap dia tak ingat aku lagi kan? So, why bother nak jumpa family dia bagai? Anggap je lah aku tak pernah jumpa dia sebelum ni!" Laju sahaja mulutnya menyambung ayatnya. Sungguh dia geram dengan perangai lelaki itu. Ingat dia barang ke apa yang lelaki itu boleh arah dia buat apa-apa sesuka hati? Berlagak nak mampus!
"Okay, Dhia. Nanti aku cakap dengan dia supaya jumpa kau sendiri okey? Dia cakap dia tak boleh chat kau sendiri sebab dia tak ada nombor kau. Kau lupa ke aku sorang je yang bagi kad aku dekat dia? Sebab tu dia minta tolong aku untuk sampaikan. Janganlah marah aku, Dhia. Aku cuma tolong sampaikan pesanan dia je," dia genggam kedua-dua belah tangan Dhia. Cuba untuk memujuk gadis itu daripada terus marah dengannya.
Dhia senyum kecil. Sedikit sebanyak kemarahannya reda mendengarkan pujuk rayu Aina.
"Aku tak marah kau pun. Sikit pun tak. Aku marah dekat that jerk je. And, pasal kau nak cakap yang aku suruh jumpa depan-depan tu lupakan je lah. Cakap je yang aku tak boleh pergi sebab first week kerja so still busy dengan kerja apa semua. Mesti dia faham punya," Aina angguk kepala. Faham dengan arahan Dhia.
Aina mengeluh perlahan. Dia dah agak reaksi Dhia akan jadi seperti ini. Dia kenal benar dengan sepupunya yang seorang itu. Dhia bukannya seseorang yang gemar diperintah. Diarah buat itu, diarah buat ini. Melainkan atas alasan 'professional'. Selain itu, dia memang akan menentang habis-habisan kalau dirinya dijadikan bagai seorang kuli.
"Dah jom hantar aku pergi kerja. Aku bukannya ada kereta nak gerak sendiri pergi kerja." Kasut sukan yang tersedia di rak kasut kepunyaannya berwarna merah jambu muda berselang dengan corak putih bersih disarungkan pada kakinya. Bersedia untuk bertolak pergi ke tempat kerja.
"Haa, jom, Cik Dhia. Duit minyak jangan lupa selit dekat mana-mana celah, okay?" Mengekek mereka berdua ketawa.
----
Pintu kaca itu dia tolak dari luar. Dia pandang ke segenap penjuru syarikat itu. Semua pekerja di situ langsung tidak ambil peduli tentang dia. Pandang pun tidak.
"Hai!" Terhinjut bahu Dhia. Rasa mahu terlompat keluar jantungnya bila ditegur sebegitu.
Seperti sedar akan perubahan riak wajah Dhia, cepat-cepat gadis berumur dalam lingkungan 30-an itu tunduk sembilan puluh darjah sebagai tanda minta maaf.
"Sorry buat awak terkejut. Awak ni pekerja baru under Engineer Department kan? Civil Engineer if I'm not wrong.." dia ketuk-ketuk dagunya sambil memandang Dhia dengan pandangan mendapatkan kepastian.
"Yes!" Wajah gadis itu berubah ceria.
"Nice to meet you! I'm Wani. I think you're more younger than me so just call me Kak Wani. Your name?"
"Dhia Adreanna. Panggil Dhia je." Dhia hulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Kak Wani tanpa berfikir lama terus menyambut huluran tangan itu. Mereka berdua berbalas senyuman sesama mereka.
"Come! I'll show you around and introduce you to some of your co-workers here" Laju Dhia menganggukkan kepala. Kak Wani ni jenis yang happy-go-lucky jadi mudah baginya untuk mesra dengan gadis itu.
Selepas beberapa minit berjalan dan memperkenalkan diri di sekitar pejabat yang boleh dikatakan besar ini, akhirnya mereka tiba di tingkat tempat kerjanya di sini. Sampai sahaja di tingkat tujuh, pintu lift itu terbuka. Terpaparlah wajah-wajah rakan sekerjanya yang sibuk kehulu-kehilir menyiapkan tugas mereka.
Tingkat ini memang dikhaskan untuk pekerja bahagian engineering sahaja. Mungkin sebab itu mereka semua kelihatan sibuk. Tiada seorang pun yang duduk bersenang-lenang sambil minum kopi sekarang ini. Memang patutlah syarikat ini merupakan antara syarikat yang terkenal jika berkaitan pembangunan di Malaysia.
Keluar sahaja mereka dari lift, Kak Wani bawanya ke meja yang hanya jauh beberapa langkah sahaja dari lift itu. Memang meja itu kosong. Langsung tiada barang di atasnya melainkan sebuah komputer desktop yang disediakan di setiap meja dan beberapa rak kecil untuk memudahkan pekerja menyimpan dokumen-dokumen kerja mereka.
"Ini meja Dhia. Kalau nak apa-apa, akak punya meja dekat hujung sana. Kalau ada problem, tanya je. Nak tanya orang lain pun boleh. Orang dekat sini peramah-peramah semua jadi jangan risau, dia orang tak makan orang." Dhia senyum kecil lalu mengangguk faham dengan penerangan dari Kak Wani.
"Bilik bos yang mana eh kak? Bukan kena lapor diri dulu ke dekat bos hari pertama kerja?"
"Bos masuk lambat office hari ni. Ada temujanji dengan Dato' dekat padang golf. Petang nanti baru masuk. Lepas lunchlah jawabnya Dhia baru boleh lapor diri pada dia. Nanti akak tunjuk biliknya dekat Dhia bila dia dah masuk office." Beritahu Kak Wani sambil menepuk perlahan bahunya.
Nanti waktu lunch akak kenalkan dengan pekerja yang lain. Dia orang tengah sibuk sekarang jadi tak boleh ganggu sangat," sambung Kak Wani lagi. Mulut Dhia buat bentuk 'O'. Usai Kak Wani menjauh dari mejanya, dia duduk di meja kerjanya. Urat-urat badannya diperbetulkan. Penat juga walaupun sekadar melihat sekitar pejabat.
Selepas beberapa ketika dia ke sana, ke sini, berkenalan dengan pekerja yang lain, baru sekarang dia dapat merehatkan badan. Dhia pejamkan mata rapat. Badannya disandarkan pada kerusi. Walaupun dalam keadaan bising seperti ini, dia tetap rasa tenang. Fikirannya rasa lapang tanpa memikirkan sebarang masalah.
Beep! Beep!
Bunyi notifikasi yang datang daripada telefon bimbitnya membuatkan dahinya berkerut. Ini mesti ummi ni. Sebaik sahaja dia sampai, mesej terakhir yang dia hantar pada ibunya hanya mendapat bluetick saja. Fikir positif, ummi mungkin sedang sibuk menguruskan syarikat di bawah penjagaannya di sana jadi tidak hairanlah sekiranya mesej yang dihantar hanya ditinggalkan bluetick untuk beberapa hari.
Risau lah tu macam mana keadaan anak daranya yang seorang ini di sini. Takut sangat kalau-kalau anak tunggalnya ini terlibat dalam apa-apa masalah.
Skrin telefon bimbitnya dinyalakan. Lama matanya melekat pada skrin telefon bimbitnya. Satu-persatu bait ayat mesej yang baru diterimanya itu dibaca. Matanya tiba-tiba membulat. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia baca sekarang ini. Dhia gosok kedua-dua belah matanya. Pipinya juga dicubit, memastikan yang semua ini bukan mimpi.
"Auch!"
Bukan mimpi. Ini semua kenyataan. Matanya kembali memandang skrin telefon bimbitnya. Dia baca semula mesej yang baru dia terima tadi.
'Hey, this is Hayden. I get your number from Aina. I'll meet you at your office this lunch so better get prepared (also get your company's address from her). Saya akan tunggu awak depan pejabat jadi jangan buat-buat tak nampak.
Reminder, this is not asking your permission but an order. Thank you.'

Komentar Buku (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    7d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    9d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru