logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 3

"I exist in two places, my body is here and my mind is on where you are.”
...
18 tahun yang lalu...
Dhia mengesat air mata yang tak henti-henti keluar sejak dia berjumpa dengan lelaki itu. Sukar baginya untuk mengucapkan selamat tinggal dalam jangka masa yang terhad ini.
"Saya mungkin dah tak boleh jadi kawan awak dekat sekolah lagi lepas ni. Jadi, awak dengar apa yang saya nak cakap ni betul-betul." Hayden yang berusia lapan tahun itu mengangguk faham dengan arahan Dhia. Wajahnya ketika itu sudah basah teruk. Hingus meleleh pun dia sudah tidak kisah sekarang.
Sebaik sahaja dia mendapat tahu yang kawan baiknya itu akan berpindah ke sekolah lain, sepantas kilat dia berlari menuju ke rumah Dhia. Nasibnya baik kerana Dhia masih belum bertolak pergi dari sini. Dhia bukan setakat pindah sekolah lain, negara pun mereka akan berlainan selepas ini. Mana dia tak sedih sebaik sahaja mendapat berita mengejut itu.
Dhia sambung ayatnya semula. Dia pegang kedua-dua belah tangan lelaki itu erat. Seperti tidak mahu melepaskannya. Dia tiada pilihan selain mengikut ke mana sahaja ibunya akan bawa dia pergi.
Jika diberi pilihan, dia sendiri tak mahu berjauhan daripada Hayden.
Mereka lahir pada tahun yang sama, membesar bersama-sama, Hayden jaga dia, dia jaga Hayden. Semua perkara mereka lakukan bersama-sama.
Kalau mereka berjauhan, siapa yang akan jaga dia daripada haiwan yang menggelikan lepas ni? Siapa yang akan jaga Hayden daripada gangguan perempuan-perempuan gedik yang nak dekat dengan Hayden lepas dia pindah nanti?
Dia benci orang dewasa. Mereka buat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu tentang kesan atas perbuatan mereka. Semua ikut kepala dia orang je.
"Hayden jaga diri elok-elok, okey? Bila kita berdua dah besar nanti, Iden janji jangan lupakan Dhia tau? Kalau Iden janji dengan Dhia yang Iden takkan lupakan Dhia, Dhia janji bila Dhia dah besar nanti, Dhia datang sini balik untuk jumpa dengan Iden. Dhia akan cari Iden sampai jumpa supaya kita boleh jadi bestfriend macam dulu-dulu balik." Tersengguk-sengguk kepala Hayden kerana matanya yang tak henti-henti mengalirkan air mata.
Walaupun dalam keadaan begitu, Hayden cuba juga untuk menganggukkan kepalanya. Cuba mendapatkan kepercayaan dari Dhia bahawa dia takkan melupakan gadis itu walaupun mereka berjauhan dan sudah menginjak dewasa suatu hari nanti.
Disebabkan keputusan orang dewasa, kenapa mereka yang masih muda, yang masih mahu mengenal dunia ini terpaksa turut sama kena tempiasnya? Kenapa mereka tidak diberikan pilihan sama seperti orang dewasa dapat? Adakah disebabkan mereka masih terlalu muda? Mereka tak layak untuk mendapatkan kebahagiaan sama seperti orang dewasa? Kenapa mereka harus berpisah tanpa diberikan sebarang pilihan?
Betul lah. Dunia ini memang tidak adil.
"Janji dengan Dhia, okey?"
"Dengan nama Hayden Hakeem, Iden janji Iden takkan lupakan Dhia."
----
"Kau tengok cerita apa tu?" Tegur Dhia yang baru saja keluar dari dalam dapur. Dia baru saja selesai bersarapan pada pagi yang cerah ini.
Biasalah tu anak dara tua sepertinya ini bangun lambat. Dia bangun awal pagi tadi pun hanya untuk menunaikan solat subuh je. Lepas saja selesai menunaikan kewajibannya yang satu itu, matanya kembali memberat lalu terlelap di atas sejadah. Memang syok weh tidur atas sejadah. Lagi best dari tidur atas katil empuk di biliknya itu.
Tempat bersebelahan dengan gadis itu Dhia ambil. Mangkuk kaca berisi popcorn di dalam pegangan Aina itu dia ambil isi di dalamnya lalu suakan ke dalam mulut. Matanya memandang ke arah kaca televisyen yang sedang memaparkan sekumpulan lelaki-lelaki muda, yang lebih muda darinya sedang menari di atas pentas sambil mengeluarkan suara emas mereka.
"Music bank. Group favourite aku comeback harini." Ujar Aina dengan intonasi teruja.
Dhia ketawa kecil. Seronok betul Aina bila sebut tentang group kesayangan dia tu. Maklumlah, Aina ni multifandom. Boleh dikatakan semua group di korea selatan sana, semua group favourite dia. Setiap kali ada je music show ditayangkan di kaca televisyen, pasti Aina orang pertama yang duduk tegak menanti dengan sabar kumpulan favouritenya muncul untuk membuat persembahan.
"Yang ini ke? Budak jalanan?"
Mencerlung Aina memandang wajah Dhia dengan pandangan geram.
"Budak jalanan kepala lutut kau lah. Stray kids lah ngek," kepala gadis itu ditolak perlahan. Hampir terjatuh dia dari sofa disebabkan Aina. Tak makan saman minah ni.
"Gurau je lah, jangan marah," lengan gadis itu dirangkul kemas di dalam pegangannya. Cuba memujuk Aina daripada merajuk dengannya.
"Kalau kau merajuk, siapa nak hantar aku pergi kerja nanti?" Sambung Dhia lagi. Lusa dia dah kena mulakan hidupnya sebagai seorang pekerja. Dah tak boleh duduk dalam bilik goyang kaki dah lepas ini.
"Kau order lah mana-mana grab suruh hantar kau pergi tempat kerja kau tu! Kau dah kutuk group kesayangan aku tahu tak? Ini bukan budak jalanan biasa, okay. Ini budak jalanan yang hensem! Macam mana aku boleh maafkan kau selepas kau hina budak jalanan yang hot-hot ni?" Seperti berjauh hati, Aina pura-pura kesat air mata palsunya yang tak pernah wujud itu menggunakan lengan baju Dhia. Lengan baju gadis itu sedikit lagi mahu menyentuh hidungnya sebelum sempat Dhia menarik terlebih dahulu.
"Nangis-nangis juga, hidung kau jangan sentuh baju aku eh. Tercemar kesucian baju aku ni nanti," Amaran Dhia. Aina sudah bantai gelak. Kantoi pula niatnya yang satu itu.
"Hari ni kau ada schedule apa-apa ke? Nak keluar date ke, nak kembali semula ke jalan yang benar ke,"
Dagunya diketuk beberapa kali. Cuba mengingat semula perkara-perkara yang dia ingin lakukan pada hari ini.
"Selain daripada sambung tidur pada petang hari dan mengerjakan solat lima waktu sehari, saya rasa saya masih mempunyai masa lapang yang lebih. Dan memandangkan saya dah single selama 26 tahun, jadi masih tiada perancangan untuk keluar daripada zaman bujang dalam masa terdekat ini." Mereka sama-sama gelak. Terhibur dengan perangai masing-masing.
"Memandangkan kau tak ada apa-apa rancangan hari ni," Aina tiba-tiba bersuara.
"Dan kau pun free hari ini," Dhia pula menyambung ayat gadis itu. Pandangan mereka bertemu.
"Apa kata kita pergi have some fun today?" Serentak mereka berkata bersama senyuman tercalit di wajah mereka berdua.
"Yeay!" Mereka serentak bangun daripada duduk mereka. Seorang menuju ke tingkat atas, seorang lagi menuju ke bilik yang tersedia di tingkat bawah miliknya.
Girls outing time!
----
Kakinya bagai dikawal oleh seseorang, matanya rambang melihat banyak kedai yang menawarkan jualan murah pada hari ini. Barang-barang berjenama pun sedang mengadakan promosi. Mana tak rambang matanya melihat semua potongan harga yang rendah ini.
Dugaan syaitannirojim betul ni.
"Sudahlah tu, Cik Aina. Kita macam dah borong satu shopping mall je ni," beg plastik yang penuh di kedua-dua belah tangan Dhia itu dijinjing lemah. Sejak mereka sampai beberapa jam yang lepas, Aina tak habis-habis heretnya keluar masuk kedai. Memanglah dia hantu shopping juga tapi tidaklah seteruk tabiat suka shopping Aina. Kalaulah Mak lang dan Pak langnya tahu berapa banyak Aina habiskan duitnya hanya untuk hari ini sahaja memang dah dikurung agaknya anak daranya yang seorang ini.
Dah kritikal sangat dah penyakit shopping Aina ni. Rasanya dah boleh lepas tanjung rambutan dah ni.
"Borong apanya. Baru sikit. Selalu aku shopping penuh satu kereta tau. Ini bonet kereta aku tu pun banyak lagi kosongnya- kalau setakat ini je barang-barangnya," dia belek-belek barang yang baru dibelinya yang berada di tangan Dhia itu. Setakat berbelas-belas plastik beg ni apalah sangat. Dia pernah sampai ambik troli sebab barang-barangnya terlalu banyak keluar saja dari shopping mall.
Dhia ambil tempat duduk berhampiran dengan tempat mereka berdiri itu. Beg plastik berisi barang-barang kepunyaannya dan Aina iaitu lebih kepada barang milik Aina itu dia letakkan di tepi. Badannya disandarkan lemah tidak bermaya pada bangku kayu.
"Tak larat dah, sis. Jom lah balik. Aku dah kebulur dah ni." Perut kempisnya itu dia pegang. Tenaganya hampir habis selepas seharian menghabiskan masa shopping dengan Aina. Bukannya nak bagi masa berehat walau sekejap setiap kali habis keluar kedai. Huh!
"Alolo, penat ya? Haa moh ler kita balik. Nanti kita singgah je mana-mana kedai yang buka sebab aku malas nak masak harini," mata Dhia bersinar terang bila dengar perkataan 'balik'.
Lagi bersemangat bila dengar mereka akan mengisi perut pula selepas ini dalam perjalanan pulang ke rumah.
"Kau belanja?"
"Mestilah. Dah aku yang ajak." Bahu gadis itu dipukul manja. Macam tahu-tahu je yang bajetnya bulan ni hampir habis. Beg plastik di atas lantai itu dia kembali angkat. Bingkas Dhia bangun dari tempat duduknya untuk mengatur langkah keluar dari pusat beli-belah ini. Dia dah muak asyik duduk terperap dalam mall ni je. Mall ni pun dah muak tengok muka dia dah agaknya.
"Tapi sebelum tu, aku nak pergi ladies dulu. Tolong jagakan barang eh?" Wajah Dhia berubah masam. Ada udang disebalik batu rupanya Aina ni nak belanja makan. Ingatkan mereka boleh terus balik tadi.
"Haa, yelah." Dapat saja green light daripada Dhia, lintang-pukang gadis itu berlari ke tandas yang berdekatan. Kalau lambat lagi, boleh bocor dia dekat situ.
Dhia kembali melabuhkan punggung. Dia menopang dagunya dengan ekspresi muka bosan. Matanya meliar ke sekeliling pusat beli-belah itu. Sudahlah telefon bimbitnya dah habis battery. Hanya berbaki lima belas peratus sahaja lagi sebelum telefonnya mati. Terpaksalah dia buang masa dengan melihat pemandangan sekeliling je.
Sedang khusyuk dia membuang pandangan, matanya tiba-tiba menangkap seorang gadis kecil yang sedang menangis tidak jauh dari tempatnya duduk. Melihat dari gaya budak itu, macam tersesat je. Orang yang lalu-lalang pun buat tak nampak je bila ada budak menangis sorang-sorang.
Sebagai seorang rakyat yang prihatin, Dhia atur langkahnya mendekati kanak-kanak perempuan itu. Barang dia dan Aina dia tinggalkan saja di situ. Lantaklah kalau kena curi sekalipun. Dia perlu membantu orang yang dalam kesusahan terlebih dahulu!
"Dik," budak perempuan itu mengangkat wajahnya. Wajah Dhia yang sedang tersenyum manis kepadanya itu dia pandang semula dengan wajah polos.
"Nama adik siapa?" Soal Dhia sekadar berbasa-basi. Dia toleh kiri kanan kalau-kalau ada insan yang mengenali budak perempuan ini. Dah lah tinggal budak sorang-sorang dekat shopping mall sebesar gajah ni. Kalau kena culik, sia-sia je hidup.
"Ha.. Hana." Tersekat-sekat gadis kecil bernama 'Hana' itu membalas soalannya.
"Okay, Hana. Hana datang sini dengan siapa?"
"De.. dengan Pak su," Dhia angguk-angguk kepalanya. Datang dengan pak cik dia rupanya. Patutlah tak bertanggungjawab langsung tinggalkan budak kecil seorang diri di sini. Mungkin Pak sunya itu masih bujang. Sebab itu jaga budak pun boleh cemerkap.
"Macam mana Hana boleh sesat ni? Pak su Hana tak jaga betul-betul ke?" Tuduh Dhia melulu.
"Eh tak! Pak su dah jaga Hana betul-betul dah. Hana yang degil tak nak dengar cakap Pak su. Pak su suruh Hana jangan merayap sebab ada orang call Pak su tiba-tiba. Tapi Hana degil. Hana pergi jugak merayau tempat lain. Bila Hana datang situ balik, Pak su dah tak ada." Terang gadis kecil itu panjang lebar. Teresak-esak Hana bercerita sambil air mata mengalir di pipi. Dia yang melihat pun rasa nak tergelak sebab comel sangat. Nasiblah keadaan memerlukan dia untuk serius kalau tidak dah dicubit pipi gadis kecil itu.
Belum sempat dia bertanya lebih lanjut, ada satu suara memanggil nama gadis kecil dihadapannya itu.
"Hana!"
Serentak mereka berdua menoleh ke arah datangnya suara itu. Gadis kecil yang seperti dapat mengecam wajah lelaki itu, pantas kaki kecilnya itu berlari. Tubuh lelaki itu direndahkan supaya dapat menggendong tubuh Hana yang kecil.
Dhia hanya pandang mereka berdua dari jauh saja. Tak mahu menyibuk dalam urusan orang. Cukuplah dia tolong jagakan Hana sepanjang ketiadaan lelaki itu.
Selesai sudah tugasnya sebagai seorang rakyat yang prihatin. Bibirnya mengukir senyuman kecil sebagai tanda perpisahan dia dan lelaki yang Hana gelar 'Pak su' itu. Hana tidak lagi mengalirkan air mata sebaik sahaja bertemu dengan lelaki itu. Jadi, dia tidak perlulah risau jika gadis kecil itu dalam bahaya lagi atau tidak.

Seperti sedar Dhia sudah mahu beredar dari tempatnya itu, pantas lelaki itu berlari mengejar langkah Dhia.
"Wait!" Dhia pusingkan kepalanya memandang ke arah lelaki itu semula. Lelaki asing itu berhenti berlari usai tiba dihadapan Dhia.
"Nama cik apa?" Soal lelaki itu bersama Hana di dalam dukungannya.
"Nama saya Dhia."
"Saya Harraz." Ujar lelaki itu memperkenalkan diri. Dia tahu Dhia bukan jenis yang suka bersentuhan dengan lelaki melalui cara pemakaian gadis itu. Sebab itu juga dia tak menawarkan huluran tangan takut kalau Dhia tidak selesa kalau dia berbuat demikian.
"Bagi pihak saya, saya minta maaf sangat sebab Hana ni dah menyusahkan Cik Dhia. Dan dalam masa yang sama juga, saya nak berterima kasih dekat Cik Dhia sebab sudi jagakan Hana masa saya tak ada tadi. Saya terhutang budi sangat dekat Cik Dhia. Sebagai tanda terima kasih, mari saya belanja makan? Cik Dhia mesti belum makan lagi kan?"
Mendengar pelawaan lelaki itu, laju kepalanya menggeleng. Menolak dengan sopan pelawaan Harraz untuk belanja dia makan.
"Eh, takpe. Saya tolong ikhlas. Sebagai seorang rakyat yang prihatin, itu dah jadi tanggungjawab saya untuk bantu orang yang dalam kesusahan. Macam Hana ni. Dia sesat, saya tolong jaga je. Tak perlu berterima kasih sangat pun,"
Ceh, Dhia. Tak habis-habis dengan 'sebagai rakyat yang prihatin' kau tu. Ini kalau Aina dengar ni mahu cirit-birit dia tujuh hari, tujuh malam. Nak tolong ummi buat kerja-kerja rumah malas. Bila melibatkan orang luar, laju je mulut bagi ayat rakyat prihatin dia tu.
Cakap pasal Aina, mana pulak minah tu? Takkan tak balik-balik dari tandas lagi kut? Ini dah lebih sepuluh minit ni. Berak batu ke minah tu?
Beep! Beep!
Getaran yang datangnya dari telefon bimbit miliknya itu membuatkannya terkejut. Nasib baik tak melatah je depan dua insan manusia ini. Telefon bimbitnya dihidupkan. Melihat siapakah si gerangan yang mesej pada waktu ini.
Nampak saja nama Aina, pantas tangannya menekan mesej yang keluar dibahagian notifikasi itu.
'Aku nampak kau dengan lelaki hensem sebab tu aku tak nak kacau. Aku cau dulu lah eh? Barang semua aku dah ambik. Kau suruh je lah lelaki hensem tu hantar kau balik mesti dia okay punya. Next time aku belanja kau makan. Have fun!'
"Minah ni kan!" Patutlah bayangnya langsung tak nampak dari tadi. Rupanya dah cabut lari dulu. Tengok lah dia balik rumah nanti memang siap dia kerjakan perempuan tu!
"Awak okay?" Teguran lelaki itu mematikan lamunannya. Harraz angkat keningnya seperti tidak faham apa yang Dhia marahkan dari tadi tu.
Dhia mengeluh perlahan. Dia tak ada pilihan lain. Terpaksalah minta tolong lelaki yang dia baru kenal ni. Dengan beg-beg tangannya sekali eh kau bawa balik, Aina. Memang aku cincang balik rumah nanti!
Dhia senyum penuh serba-salah.
"Saya mungkin nampak macam tak tahu malu sekarang tapi.. boleh tak kalau awak tolong hantarkan saya balik?"

Komentar Buku (437)

  • avatar
    Kurt Justin Ancheta

    how to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you and your family and friends yun mahal ko na pano po Box address is no longer in use for the moment HAHAHAHAHAHAHAHHA you have any questions or concerns you may have to do black and white na may be a good time to stay in touch with you

    16/08/2023

      1
  • avatar
    Prince Syryll Lozarito

    thanks

    8d

      0
  • avatar
    nurul shafiera

    wah i really lovee this story lines

    10d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru