SERONOK aku berguling-guling di atas katil sementara Nurina di bawah sedang mengemas pakaiannya. Aku tak perlu nak kemas apa-apa kerana aku sudah menyelesaikannya malam tadi. Pagi ini aku mahu berehat sepuas hati aku! "Weh, Ara! Kau dah siap ke gosok tudung kau? Yalah, nanti kan kita nak outing dengan member kita lepas kita makan pagi." Aku tidak menjawab. Sebaliknya, aku sedap terbungkang di atas katil sambil merenung siling. Kedua kakiku terkangkang luas, sama juga dengan lenganku. "Ya Allah... Ara!" Tiba-tiba muncul sebuah bantal menghempap wajahku. Lantas tubuhku bertukar posisi ke sembilan puluh darjah. Aku terkebil-kebil memandang Nurina di bawah. Pinggangnya dicekak sambil mata mencerlung ke arahku. "Apa salah aku?" soalku dengan nada polos. Nurina mendengus. "Kau memang tak dengar apa yang aku cakap tadi, kan?" Aku terpinga-pinga. "Kau ada cakap dengan aku ke tadi?" Pantas Nurina menepuk dahinya sambil memejam mata. Aku hanya menggaru kepala dengan riak tak bersalah. Nurina mengeluh. "Ara." Mata kami mulai setentang. "Kau dah siap gosok tudung kau?" Aku mengangguk sambil menundingkan jari ke arah sehelai tudung yang tergantung pada pintu almariku. Nurina menoleh sekilas ke belakang, sebelum dia kembali memandang aku. Pinggangnya masih dicekak. Dalam diam, aku menjulingkan mata ke atas. "Aku dah siapkan semua benda malam tadi. Aku cuma tinggal nak mandi aje nanti. Kau janganlah marah. Aku nak baring-baring sat. Kau jangan kacau aku. Ngerti lorh?" Aku terus merebahkan semula tubuhku ke atas tilam lalu memejamkan mata. "ARA jom dia orang dah nak sampai," kata Nurina selepas dia mematikan panggilan. Aku hanya mengangguk sebelum mengikutnya bangun dari kerusi batu. "Siapa yang pergi dengan kita ni?" tanyaku. "Syuhada, Anis, Zulaika, Aniq, Amir, Iskandar, Syahmi, Zakuan dan semestinya ada Syazwan!" Aku hanya ketawa hambar. "So sekarang ni kita ada 11 oranglah?" Nurina mengangguk. Kami berdua menghampiri pondok jaga untuk ambil tandatangan sebelum keluar. Sesudah itu, aku melihat tiga buah kereta mewah tiba luar pagar sekolah. Sebuah kereta milik Zulaika dan dinaiki oleh Syuhada dan Anis, sebuah kereta milik Iskandar dinaiki oleh Amir, Aniq, Syahmi dan Zakuan dan sebuah kereta lagi milik Syazwan. "Jom!" Nurina menarik tanganku untuk masuk ke dalam kereta Syazwan. Weh, apa kejadah! "Temanlah aku," rayuku. Namun Nurina buat-buat tak tahu. "Kau naik ajelah dengan Syazwan sorang. Macam tak biasa." Aku mencebik. "Siaplah kau balik asrama nanti." Aku masuk ke dalam perut kereta Syazwan. "Awak okey tak?" tanya Syazwan. Aku hanya mengangguk. "Okey, kita gerak sekarang." Aku hanya mendiamkan diri sambil mendengar lagu yang dipasang di dalam kereta itu. KAMI semua berjalan-jalan di dalam mall itu. Makan dah, sekarang ni beli barang-barang pula. Shoppinglah kata kan. Aku memandang ke belakang melihat enam orang jejaka yang sedang berjalan di belakang kami berlima. Sumpah rasa macam ada bodyguard di belakang. "Kau orang, aku nak pergi beli novel sekejap kat Popular," ujarku. "Tak habis-habis dengan novel kau ya. Cubalah kau beli buku latihan Biologi SPM lagi bagus. Dah tinggal berapa bulan lagi nak exam, kan?" Aku mencebik. Tak ada orang lain dah nak membebel pada aku kalau bukan Nurina. "Alang-alang aku beli novel, aku beli sekali buku latihan. Apa yang susah? Tak payahlah nak marah-marah aku ni." Aku mula berjalan ke arah bertentangan menuju ke kedai buku Popular tanpa aku sedar, ada seseorang yang mengekoriku. "Saya ikut awak, Ara." Aku menoleh ke belakang. Aku memandang sahaja Syazwan yang menghampiriku. Tak ada orang lain selain dia yang akan memanggil aku dengan nama 'Fiya'. "Apa kata lepas kita pergi Popular, kita pergi cari CD cerita kegemaran awak nak tak?" Terus aku tersenyum. "Nak!" Syazwan tertawa kecil melihatku dan meneruskan langkah kami ke kedai buku itu. Kemudian kami menuju ke kedai CD dan semestinya CD yang original. "Wah, banyaknya cerita baru." Aku melihat pelbagai CD yang mengandungi cerita kegemaranku, filem dan drama negara Ember. Dalam aku mencari cerita yang best, Syazwan sempat menanyakan aku satu soalan yang membuatkan aku tergamam seketika. Namun aku pantas menyembunyikan perasaan itu. "Sudah semestinya saya akan pilih tema red carpet. Bolehlah rasa macam selerbriti sikit," balasku. Aku hanya memandang Syazwan ketawa. Kebiasaannya ketika aku membaca mana-mana, sewaktu si heroin memandang ke arah wajah si hero yang sedang tersenyum mahupun ketawa, jantungnya akan mula berdegup kencang tetapi aku tak. Aku langsung tidak ada perasaan seperti itu ketika memandangnya. Cuma biasa-biasa aje. Mungkin sebab itu aku hanya menganggapnya sebagai kawan baik. "Kalau awak pilih tu, awak pakai dress macam mana?" "Ala-ala dress yang bertemakan Gala. Ala senang nak cakap dress elegan hitam." "Okey, kalau awak beri peluang untuk menari waktu dinner nanti, awak nak menari apa? E-pop ke?" Terus aku menggeleng. "Tak naklah. Memang tarian dorang cantik tapi itulah. Kalau girl band punya tarian, lenggok. Kalau boy band pula ganas sangat pula untuk perempuan macam saya ni." "Kalau macam tu kan. Apa kata..." Dia mendekatkan wajahnya denganku. Kenapa ni" "Awak menari dengan saya aje?" Terus memerah wajahku. Gila tak merah kalau suruh menari berdua kat atas pentas. Malu doh! "Nan... Nantilah saya fikirkan." Terus aku mendekati kaunter untuk membayar CD itu. Kami berdua berjalan keluar dari kedai itu lalu menuju ke kiosk CoolBlog. Syazwan yang nak. Dia kata nak belanja aku minuman tuh. Aku pun terima ajelah. Lagipun dah lama tak minum air tuh. Belum lagi aku memesan perisa air, Syazwan sudah memesankannya. Dia melontarkan senyuman ketika dia memandang ke arahku. Aku hanya membalas. Semua benda kegemaranku semuanya dia sudah tahu. Satupun tidak akan tertinggal. Namun hatiku masih tidak mendapat sebarang jawapan untuk membalas perasaannya. Aku buntu. Ah, abaikan buat masa sekarang. "Nah." Syazwan menghulurkan air kepadaku selepas membayarnya. "Nanti saya..." "As usually, awak tak payah bayar balik. Saya ikhlas belanja awak. Untuk menyambut birthday awak semalam." Bibirku menguntumkan senyuman manis. "Thanks, Wan." "My pleasure, sweetheart." Tahun 1908, Dinasti Nojeso "TAK boleh ke kalau anakanda tidak berkahwin?" soalnya. Sungguh dia tidak bersedia untuk berkahwin pada usia muda itu. "Kalau anakanda tak mahu bergantikan tempat ayahanda ni, anakanda perlu berkahwin dengan seseorang. Ayahanda tidak kisah kalau kamu nak kahwin dengan apa-apa darjat sekalipun. Asalkan anakanda berkahwin," balas ayahandanya. Dia buntu. Apakah yang harus dia lakukan? Berkahwin tanpa rela? Walaupun dia anak kedua tetapi ayahandanya sering memintanya untuk menggantikan tempatnya sebagai raja. Jika dia tidak mahu menggantikan tempat itu, dia perlu berkahwin dengan seseorang. Namun jika tidak, dia perlu mengambil tempat itu. Ah, kusutnya! "Nanti anakanda fikirkan. Anakanda minta diri dulu," pamitnya sebelum keluar dari bilik perbincangan keluarga. Dia perlukan jawapan untuk meleraikan kekusutan di dalam fikirannya. Dia tidak mahu berkahwin dengan seseorang yang langsung tidak kenali. Dia berjalan perlahan di koridor istana keluarganya. Sampai di satu tempat, dia ternampak kuda kesayangannya sedang makan. Membuatkan satu idea untuk menghilangkan rasa serabut di dalam fikirannya. Dia mengambil peralatan memanahnya untuk dibawa ke hutan. Itulah salah satu cara untuk menenangkan jiwanya. Tahun 2020, Malaysia "ARA?" Aku tersentak. "Awak okey ke tak ni? Nampak macam tak sihat aje." Syazwan bertanya. Aku hanya menggeleng. "Saya rasa macam tak sedap badan. Boleh tak kalau awak hantar saya ke asrama semula?" "Tapi macam mana dengan Nurina?" tanya Syazwan lagi. "Tak apa. Awak call dia and cakap saya on the way balik ke asrama. So dia tak adalah risau sangat pada saya," kataku. "Tapi saya risau pasal awak. Apa kata kita pergi klinik dulu?" Aku menggeleng kepala. "It's okay. Saya cuba pening kepala. Nanti balik asrama saya boleh telan ubat. Awak janganlah risau sangat." Syazwan kelihatan sudah mengalah. "Okeylah kalau awak cakap macam tuh. Tapi janji dengan saya. Masuk aje dalam dorm, call saya." Aku hanya mengangguk. Kami mula berjalan ke kereta. Tidak lama selepas itu, kami sudah tiba di sekolah. Aku keluar dari keretanya lalu berjalan ke pondok jaga semula. Selesai itu aku mula berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah tetapi Syazwan menghalangku. "Saya dah call Nurina and dia cakap dia pun dah on the way balik. Awak tunggu aje dia kat sini sebelum masuk ke dalam dorm," kata Syazwan. "Tak apa. Saya boleh masuk sendiri. Saya cuma nak baring. Nak rehatkan diri. Awak jangan risau. Saya akan okey, Wan." Aku tahu dia risau akan kesihatan aku tapi aku dah besar. Dah pandai jaga diri sendiri. Kalau tak kenapa aku masuk asrama. "Okey. Ingat masuk aje dorm, call saya. Call saya." Aku menggeleng melihat kerisauannya terhadap aku. "Baik, Syazwan. Sekarang awak dah boleh balik sebab nanti saya akan telefon awak macam awak suruh tadi." Syazwan tersengih sebelum dia masuk ke dalam perut keretanya. Setelah masuk ke dalam dorm, aku terus baring di atas katil doubke decker. Aku duduk di atas sebab sejuk kat atas ni. Huhuhu... Kalau Nurina di bawah aku. Aku terus melelapkan mata dan aku terlupa untuk menelefon Syazwan seperti dijanjikan tadi. Aku pun tak tahu tapi mata aku dah memaksa aku untuk tidur.
Terima kasih
Dukunglah penulis untuk menghadirkan kisah-kisah yang luar biasa untuk Anda
Biaya 31 berlian
Keseimbangan: 0 Berlian ∣ 0 Poin
Komentar Buku (91)
niaputri
best
18/02
0
wowwdanz
Cerita yang menarik
03/09
0
Miramore
tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia
best
18/02
0Cerita yang menarik
03/09
0tak ada sambungan ke huhuhu cerita dah best sangat..sambungkan please sampai betul ii ending dia
27/06/2025
0Lihat Semua