logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 6 kematiannya

keesokan harinya, pagi pagi lagi. Saya dan adik saya Maria sudah bertolak ke rumah keluarga kami. Tujuan saya bertolak awal kerana kami perlu membersihkan rumah itu agar dapat dihuni.
Setelah sampai, kami kemudian mulai membersihkan dalam dan luar rumah. Mulai dari membersihkan habuk yang memenuhi ruangan rumah sehinggalah memotong rumput liar yang menjalar dari luar hingga ke dalam.
Setelah mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Kami akhirnya berjaya membersihkan rumah yang sangat bermakna buat kami.
" Abang, apa kita makan untuk hari ini. Saya sangat lapar setelah membuat semua kerja yang berat."
" Hahahaha, ya. Abang pun lapar setelah semua ini, pergilah mandi dahulu Maria!, abang akan masuk kari ayam untuk. makanan tengahari kita."
" Wahhhh. Terima kasih abang."
Hari itu, setelah setelah mengisi perut kami dengan nasj putih dan ayam masak kari. Saya terus mandi untuk membersihkan diri lalu setelah itu terus mengikuti jejak Maria yang sudah lena.
Hari ini, saya tidak akan berburu. Oleh itu, tudak salah untuk saya mengikutkan perasaan saya untuk sekali sekala.
Sejak hari itu, rutin harian saya sedikit berubah. Saya akan bangun lebih awal setiap hari untuk menyiapakan sarapan serta bekal buat saya dan adik saya yang perlu pergi ke tadika.
Setelah semua itu, saya akan menghantar adik saya ke tadika sebelum pergi memburu.
Begitulah rutin harian kami dalam masa seminggu sejak kami berpindah ke rumah kami.
" Abang, sudah seminggu kita berada disini. Boleh kita melawat nenek Dayang nanti."
"Ya, abang pun ingin pergi. Hanya abang masih menangguhkannya kerana menunggu masa yang lebih sesuai. Hmmm, bagaimana sekiranya kita pergi hujung minggu nanti. Abang cuti pada waktu itu, bagaimana?"
" Baiklah, abang jangan mungkir janji ya."
" Ya, satu lagi. Kita akan memasak kuih sebagai buah tangan untuk mereka. Ingatkan abang untuk itu ya!"
" Baiklah."
Hari demi hari berlalu, masa yang dijanjikanpun tiba. Hari itu, Tuah dan adiknya Maria sibuk di dapur menyediakan kuih untuk dibawah ke rumah nenek Dayang.
Setelah semuanya siap. Lebih kurang pukul 8 pagi, merekapun mulai bertolak untuk menziarahi nenek Dayang.
Apabila tiba di rumah nenek Dayang. Tuah terus mengetuk pintu rumah lalu memberi salam.
Namun begitu, tidak kira berapa kali mereka mengetuk. Tidak ada balasan yang mereka terima. Seolah-olah, tidak ada orang dirumah.
Pelik. Adakah nenek Dayang pergi ke suatu tempat. Arhhhhh, ini salah kami juga kerana tidak memberitahu tentang kedatangan, sekarang. Mahu tidak mahu, kami perlu balik dahulu.
" Maria, ada nenek Dayang beritahu dia hendak kemana saat di tadika?"
" Hmm, tidak. Sudah hampir 2 hari dia tidak datang ke sekolah. Tidak ada sesiapa yang tahu penyebabnya."
Hmmm, lagi pelik. Adakah dia sakit?
" Baiklah, sekiranya begitu. Kita balik dahulu untuk sekarang. Kita akan datang semula saat petang boleh?"
" Huuuuuuuh, baiklah."
" Boleh awak balik dahulu Maria, abang mahu pastikan sesuatu terlebih dahulu."
" Baiklah."
Maria pun pergi dari situ sambil membawa sebakul kuih.
Tanpa menunggu panjang. Tuah terus berjalan mengelilingi rumah itu, daripada jendela jendela yang ada. Tuah cuba mengintip keadaan di dalam melalui celah celah kecil yang ada.
Saat dia mendekati kepalanya ke tingkap. Hidungnya terus mengesan bau bangkai yang menyengat.
Sangat bau sehingga membuat tekak Tuah loya.
Setelah, menjauh dan mengambil udara segar. Tuah terus berlari ke pintu rumah lalu menendangnya dengan kuat.
Dengan perasaan yang gentar. Tuah terus mencari punca bau itu, keringat dingin tidak henti dirembeskan di dahinya.
Perasaan yang tidak enak mulai menggila, langkah besar Tuah terhenti apabila dia sampai di bilik neneo Dayang.
Anak matanya membesar saat melihat sebuah jasad tua tergantung di situ. Tali yang terikat ke tulang bumbung rumah itu bersambung dengan jasad nenek Dayang.
Hati Tuah hancur remuk setelah melihat keadaan itu. Seakan akan masa di dunia terhenti seketika, melihat sosok orang yang disayangi, dihormati dan dia terhutang budi mati dengan cara mengerikan.
Tikus dan cacing berjatuhan dari tunuh yang tergantung itu.
Hari itu berlalu dengan sangat suram. Tuah telah memberitakan tentang kejadian itu kepada orang kampung.
Dia juga berjumpa dengan ketua kampung kerana ingin mereka mencari pembunuh kepada nenek Dayang.
Namun, apakan daya, usahanya untuk cuba melakukan yang terbaik kepada nenek Dayang tidak berhasil.
Itu sudah tentu, siapalah yang mahu mendengar ucapan dari seorang budak belasan tahun.
Tuah hanya terduduk di pintu rumah. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.
" Abang, kita tidak pergi rumah nenek Dayang sekarang?"
"..........., hmmmm. Nenek Dayang sudah tidak ada. Dia, emmmm. Dia ikut dengan anaknya ke bandar."
" Huuuuuh, saya tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal padanya. Hmmmmm. Kita akan bertemunya kembali nanti kan abang?"
" Iya, kita akan bertemunya nanti."
Iya, anaknya. Saya perlu mencari anaknya. Dia pasti tahu sesuatu tentang itu.
Tuah terus bangun dari duduknya lalu berlari menuju ke pekan.
Berjam jam dia mengwrah keringatnya. Berlari ke sana sini untuk mencari sosok Dollah. Dia perlu memberitakan hal ini kepada ibunya.
Saat dia memanggil orang kampung untuk menguruskan jenazah nenek Dayang. Dia tidak melihat anaknya disitu.
Kemungkinan besar, dia masih belum tahu apa yang terjadi. Atau mungkin, dia tahu siapa yang bersalah di balik semua ini.
Saat dia terus berlari, dia berpapasan dengan lelaki yang dicarinya.
" Abang, saya ingin memberitahu awak sesuatu!"
" Ooh, awak. Ada apa?"
" Ibu abang. Nenek Dayang sudah meninggal, saya menemukan jasadnya tergantung di rumah."
" APA!!!!!, bagaimana itu boleh berlaku?. Lupakan, saya akan pergi sekarang."
" Saya rasa dia dibunuh."
Mendengar ucapan Tuah, lelaki itu terus terhenti.
" Apa awak cakap?"
" Saya rasa nenek Dayang dibunuh."
" Siapa beritahu awak tentang itu?"
" Tidak ada, ianya hanya andaian saya sahaja."
"Huuuuuuh, awak jangan berkata yang bukan bukan. Baiklah, saya pergi dahulu."
" Emmm, kejap. Saya ingin berpesan sesuatu pada awak terlebih dahulu."
Lelaki itu berjalan mendekati Tuah. lalu berbisik di telinganya.
" Tolong jangan terlalu terlibat dalam hal keluarga orang lain!, ianya menyebalkan."
Setelah itu, dia kemudian beredar dari situ meninggal Tuah bersendirian yang masih cuba memproses arahan yang diterimanya.
Bagaimana dia boleh berkata begitu?, dia sepatutnya berterima kasih kepada saya kerana telah membantunya.
Tetapi, saya tidak menyalahkannya. Dia mungkin tertekan setelah mendapat tahu berita itu.
Untuk sekarang, tugas saya ialah untuk meyakinkan mereka yang nenek Dayang msti dibunuh.
Itu sudah tentu, saya sangat mengenali nenek Dayang. Dia tidak akan membunuh diri, dia adalah seorang yang positif. Tidak mungkin dia mati membunuh diri.
Malam itu, setelah balik dari pekan. Tuah membersihkan dirinya lalu menyediakan makan malam buat dia dan adiknya.
Tanpa berkata banyak. Setelah makan, Tuah terus tidur kerana terlalu penat.

Komentar Buku (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    2d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru