logo text
Tambahkan
logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

Bab 5 kembali ke rumah ibubapa

Hari yang dinantikan pun tiba, hari itu, saya membelikan adik saya Maria dengan banyak gula gula dan sepotong coklat. Hanya itu sahajalah yang saya mampu, untuk membeli semua itu, saya perlu menabung hampir tiga bulan, tambahan lagi, hutang saya yang banyak dengan bangsawan Awang Arjuna menyebabkan saya tidak boleh terus berbelanja mengikut nafsu.
Hari itu, kami menyambut hari raya bertiga di rumah, kami bangun awal pagi lagi dan mengenakan pakaian yang cantik. Kemudian, nenek terus memasak gulai burung sementara saya dan adik akan pergi menziarahi rumah jiran jiran.
Sudah menjadi lumrah bagi kami untuk menyambut hari raya pada setiap tahun selepas ramadan. Di hari itu, kami akan menziarahi masjid pada awal pagi kemudian terus pergi ke rumah kawan kawan untuk bertanya khabar.
Setelah semua itu, kami akan kembali ke rumah lalu membantu nenek Dayang untuk melayani tetamu yang datang.
Hari yang sibuk terus berlalu, meskipun tubuh kami letih. Tetapi, suasana raya yang meriah dan menyeronokkan adalah sesuatu perdagangan yang baik.
Saat matahari melabuhkan tirainya. Orang yang tidak putus mengunjungi rumah kami akhirnya berhenti. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk merehatkan tubuh badan saya yang sudah mengadu dari tadi ke otak saya.
Dengan mengirimkan rasa lenguh dan sakit ke otak agar ianya berhenti dari terus bekerja.
Saya berbaring di lantai ruang tamu sambil menutup mata. Dengan perut yang kenyang, ditambah dengan sel tubuh saya yang kesakitan.
Otak saya seakan akan ingin sekali untuk tidur agar tisu badan saya yang rosak dapat diperbaiki.
Malangnya, saat baru sahaja saya ingin terbang ke alam mimpi. Pintu rumah kami diketuk oleh seseorang.
Dengan perasaan yang amat berat. Saya bangun dari tempat baring lalu menuju ke pintu rumah.
" Waalaikumussalam. Maaf encik, kami sudah mulai berkemas...."
Ucapan saya terhenti setelah melihat orang yang ada di depan saya.
Seorang lelaki dalam lingkungan 30. Lelaki yang tidak asing bagi saya. Yaa, lelaki yang ada di gambar yang melekat di dinding rumah ini. Anak nenek Dayang, dia datang untuk berkunjung akhirnya.
" Nek!!!!, lihat. Siapa yang datang."
" Izinkan saya pergu sebentar yaa."
Setelah meminta izin, saya terus berlalu dari situ menuju ke ruangan dapur rumah. Saya terus menarik bahu nenek Dayang yang sibuk membersihkan meja di dapur.
" Nek, ikut saya cepat!, lihat. Siapa yang datang."
Nenek Dayang yang sudah lali dengan karenah saya hanya mengikut apa yang saya lakukan.
Saat mata dua beranak itu bertentangan. Nenek Dayang yang tadinya bersikap bersahaja bertukar ceria.
Matanya berair, dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat.
Satu satunya anak lelakinya Dollah sedang berada di depan pintu rumah.
Nenek Dayang terus meluru mendekati anaknya dan begitu juga sebaliknya.
Mereka terus berpelukan lalu tenggelam ke dalam emosi mereka yang suda bertahun terbuku di hati.
Saya kemudian menjauh dari situ lalu mengemas dapur menggantikan kerja nenek Dayang yang tergantung tadi.
Kesokan harinya. Seperti biasa, saya bangun leibh awal untuk pergi berburu. Saya akan memulakan tugas saya seawal 6 pagi dan akan balik semula pada pukul 12 tengahari.
Masa terus berlalu. Setelah saya selesai berburu dan memasang beberapa perangkap di waktu pagi. Saya akan balik ke rumah untuk menyiapkan makan untuk tengahari. Saat itu, seperti biasa, nenek Dayang dan adik saya berada di tadika yang dikelolah sendiri oleh nenek Dayang dan beberapa orang kampung yang berpelajaran.
Ketika saya sibuk makan di dapur. Lelaki yang merupakan anak nenek Dayang tinq tiba duduk dihadapan saya.
" Emmm, nama awak Tuah betul. Bagaimana awak boleh tinggal bersama mak saya disini?"
Soalan itu hampir membuatkan nasi yang ada dimulut saya terburai keluar.
Saya menghabiskan nasi yang ada di mulut lalu mulai mereka ayat yang paling ringkas untuk menceritakan semuanya.
Namun, belum sempat saya memulakan cerita, dia terus menyambung ucapannya.
" Boleh awak pergi dari sini. Awak tahu, saya sebagai anak nenek Dayang tidak selesa dengan kehadiran kamu. Kamu sepertinya menggunakan mak saya untuk kepentingan kamu. Mak saya sudah cukup tua untuk mengurusmu dan adikmu. Tidakkah awak juga merasa begitu?"
" ....... Ya, saya juga merasa begitu."
" Baiklah, sekiranya awak faham yang kamu membebankan. Saya harap, awak tahu apa yang awak sepatutnya buat. Awak faham maksud saya?"
" Ya, saya faham. Saya akan meminta zinin dengan nenek Dayang nanti."
" Ya, tolong beritahu dia baik baik."
" Arhh, dan satu lagi. Tolong jangam beritahu dia yang saya yang meminta awak pergi. Awak tahu, orang tua itu akan marah."
" Yaa, saya faham."
" Baguslah sekiranya begitu."
Setelah menghabiskan ayatnya, lelaki itu kemudian berlalu pergi dari situ.
Saya berasa seperti berada di dalam dilema. Hanya dalam beberapa minit, saya dipaksa untuk keluar dari situ. Saya mesti keluar dari rumah yang hangat ini sekaligus berpisah dengan nenek Dayang.
Huuuuh, itu bukan sesuatu yang mudah tetapi apakan daya. Saya memang dari awal tidak sepatutnya disini. Saya mengetahuinya dari dulu lagi tetapi saya menangguhkan hasrat untuk kembali ke rumah lama kami kerana saya risau akan kesihatan nenek Dayang.
Tetapi, untuk sekarang. Saya tidak perlu risau lagi, nenel Dayang sudah tidak bersendirian lagi. Sudah tidak ada sebab untuk saya terus terikat disini dan membebankannya.
Masa terus berlalu, cahaya matahari yang garang saat tengahari perlahan mulai redup hingga tenggelam sepenuhnya.
Saat malam tiba, kami semua makan malam bersama.
" Emm, nek. Boleh saya katakan sesuatu?"
" Yaa, apa dia Tuah, awak sepertinya ada masalah."
" Arhh, tidak ada. Saya hanya berfikir untuk kembali semula ke rumah orang tua kami. Saya ingin meminta izin kepada nenek untuk kami pergi dari sini."
" Ehhhh..... Tapi kenapa Tuah. Nenek tidak keberatan dengan kamu tinggal bersama kami disini."
" ......, saya minta maaf nek, tetapi. Saya tidak boleh terus membebankan nenek. Lagipun, saya sudah cukup besar untuk hidup berdikari. Tambahan lagi, rumah kami sudah sangat terbiar nek. Kami perlu balik untuk membersihkannya semula. Oleh itu, saya sangat meminta restu nenek untuk mengizinkan kami menghuni semula rumah ibu bapa kami."
" Kita akan berpindah abang?, ke mana?"
" Kita akan kembali ke rumah ibu bapa kita dek."
" Arrhh, tapi. Saya tidak mahu pergi dari sini. Adakah nenek akan ikut dengan kita."
" Tidak, hanya kita akan pergi."
" Tapi, Maria tidak mahu. Kenapa kita perlu berpisah dari nenek."
" Dek........ Kita tidak boleh terus tinggal disini. Kita mesti hidup sendiri tanpa bantuan nenek. Abang janji, kita akan kerap mengunjungi nenek disini."
" Hmmm, baiklah sekiranya begitu. Saya akan ikut abang."
"Hmmmmmm, nenek keberatan untuk mengizinkan kamu pergi Tuah. Tetapi, seperti janji nenek dahulu. Hanya sehingga awak betul betul dewasa. Sudah tidak ada sebab lagi untuk nenek terus mengikat kamu disini. Pergilah Tuah, nenek tidak akan menghalang kamu lagi."
"Terima kasih nek. Terima kasih untuk semuanya setelah selama ini. Saya janji untuk kerap menziarahi nenek."

Komentar Buku (160)

  • avatar
    999BLONZ

    high quality film

    2d

      0
  • avatar
    Nurkisha Andih

    cantik Creta nya

    16d

      0
  • avatar
    JalilLiza

    good

    25d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru