logo
logo-text

Unduh buku ini di dalam aplikasi

2

" Ainaaaaaaa .... " seru suatu suara . Terkejut Aina . Pucat muka Aina . Alisa mahu menjerit tetapi dia tidak mampu jadi dia hanya mampu menutup mulutnya.
Seolah olah makhluk itu dapat tahu yang Aina sedang memerhatikan dirinya . Pendek kata setiap gerak geri Aina dia mengetahui nya .
Allah rupanya Aina hanya bermimpi Aina terus bangun dah bergerak ke tandas untuk membasuh mukanya . Selepas itu dia terus mandi dah bersiap untuk solat subuh .
" Aina awak ni kenapa saya tengok setiap hari awak macam takut. "
Kata Sara sambil memegang bahu Aina . Aina terkejut dia hanya mengangguk kepalanya sahaja . Dalam fikiran Aina hanya ada benarkah apa yang di mimpi tadi .
Apabila senja tiba , ketika dia sedang ralik makan malam tiba tiba dia berasa kembang tengkuk apabila bunyi burung pungguk , bersahut sahutan. Menambah keseraman dan kesuraman malam . Lalu Aina mengalihkan perhatian . Selepas habis makan dia terus pergi hantar pinggan dan kembali ke katilnya .
Tiba tiba Aina rasa seperti mahu terkencing jadi dia bergerak ke arah tandas . Ketika dia bergerak ke arah tandas di lihat seperti kawan rapatnya iaitu Sara . Dia mengajak Sara itu teman nya untuk ke tandas tapi Sara itu hanya mengangguk kepalanya sahaja .
Ketika sampai di tanda Aina lihat seperti Sara baru sahaja keluar dari tandas .
" Kenapa ni Aina macam nampak hantu je "
Itulah pertanyaan Sara apabila baru sahaja keluar dari tandas .
"Takde apa-apa "
Aina menjawabnya dan terus masuk ke tandas untuk membuang air kecil. Ketika Aina sedang di dalam tandas Aina terfikir siapa yang ditegurnya tadi .
Pada malam itu dia membacanya bacaan Al-mulk dan zikir zikir sebelum tidur .
Sambil mulutnya berkumat kamit membacanya , akhirnya dia boleh tidur juga walaupun tak berapa tenang.
Keesokan harinya, pagi pagi dia pergi ke katil sara kerana ingin bertanya kan adakah Sara ada temannya ke tandas semalam ataupun cuma halusinasi sendiri.
"Kenapa kau datang katil aku pagi pagi ni ? nak ajak aku sarapan pagi ye .

Tanya Sara sambil sedang menegang kan katilnya .Aina hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya . Lalu mereka pun pergi ke dewan makan untuk menjamu selera sebelum pergi ke sekolah.
"Sara aku rasa tidak badan lah kalau cikgu tanya kenapa aku tak datang sekolah kata aku tak sihat au "
Kata Aina dihadapan Sara . Sara pun hantar Aina ke bilik nya dan terus ke kelas untuk belajar. Sepanjang waktu persekolahan Aina banyak termenung dan terfikir lagi apa yang dia nampak pada malam itu adakah benar itu Sara ?
Waktu sekolah telah pun habis .
" Assalamualaikum ada orang tak heheh "
Tanda salam diberi kepada semua yang ada di dalam bilik nya . Semua penghuni bilik itu yang tidak hadir ke sekolah menjawab salam .
"Banyak ke kerja sekolah masa dekat sekolah tadi "
Tanya Aina kepada Sara . Sara hanya tertawa dan berkata ada lah sikit .
Walaupun baru masuk dua tahun lebih Aina bersekolah di sini dis sangat rapat dengan Sara . Sara adalah kawan pertamanya di sini . Sara tidak lah sebijak Aina tapi beliau sangat baik hati.
"Ermm sara betulkan awak memang ada dekat tandas sebelum saya tiba di tandas "
"Betullah masa tu aku tak tahan nak buang air jadi aku pergilah seorang diri" Pantas Sara menjawabnya.

"Kalau begitu takpelah " Kata Aina sambil tersenyum manis. Lalu mereka pun belajar seperti biasa routin apabila balik sekolah mereka .
Apabila malam telah tiba mulalah perkara yang tidak diingini akan berlaku lagi.Ketika Sara dan Aina sedang belajar Aiba berasa badannya seperti berat lalu dia meminta izin untuk baring di atas katil terlebih dahulu.
Ketika di sedang baring dia tiba tiba terbau sesuatu yang sangat tidak menyenangkan .Dia cuba menenangkan diri supaya kawan kawan lain yang sedang belajar berasa aman dan tidak terganggu.
Keesokan harinya, Aina melihat Sara sedang termenung ke arah luar tingkap. Namun Aina tidak pasti apa yang difikiran Sara.
"Sara jom pergi dewan makan ,awak tak makan lagi kan "
Sara cuma mengangguk lalu mereka berdua pun pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari . Aina melihat sara seperti orang yang tak berapa selera mahu makan.
"Ermmm Aina awak dapat mimpi yang best tak semalam?"
"Sebab saya dapat mimpi yang tidak menyeronokkan"
Sara berkata kepada Aina sambil tenung pada makanan. Aina hanya tersenyum kerana tidak tahu mahu jawap apa .
Selepas selesai makan mereka pun masuk ke dorm dan membuat kerja sendiri. Aina hanya baring di atas katil. Ketika Aina baring dia tiba tiba teringat Alisa iaitu kawan lamanya yang telah meninggal dunia.
Alisa, aku rindu kau.
Kau tak rindu aku ke.
AL Fatihah.
Dalam hati berbuai sayu.. Diseksa air matanya , Cuba sembunyikan air matanya dari kawan sebiliknya. Tidak mahu senior dan junior dari biliknya berasa risau melihat dirinya
Sara terlihat Aina menangis lalu dia berdiri dari katilnya dan terus bergegas ke katil Aina. Apabila sampai di katil Aina dia hanya mampu memeluk Aina dengan kuat .
"Aina aku tahu kau kuat "
. Pujukan Sara yang kasihan akan Aina yang selalu menangis.
Selepas itu mereka pun membuat kerja sekolah bersama sama . Selepas selesai mereka akan mandi dan bersedia untuk solat Asar berjemaah bersama senior dan junior yang lain.


Komentar Buku (953)

  • avatar
    IgnacioRea Joy

    h Mart

    7h

      0
  • avatar
    aaWawa

    besttttttttttt

    12h

      0
  • avatar
    Jeriel Hernandez

    500

    1d

      0
  • Lihat Semua

Bab-bab Terkait

Bab Terbaru